26 July 2012

Keunikan Susu Ibu



Salam dan Terima Kasih Buat Semua Pengunjung.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan semua terutama bakal-bakal ibu tentang keunikan memberi susu kepada bayi anda.



Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak dari hari pertama kelahiran mereka.
Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi terutama perkembangan mental mereka. 
Menyusukan bayi adalah langkah penting kearah perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat.

Susu ibu banyak keunikan dan tiada tolok bandingnya dengan susu lain.


Antara keunikan susu ibu adalah :-
~ mempunyai kesegaran tersendiri (fresh)
~ tersedia dalam suhu yang optimum
~ tersedia steril
~ tiada sebarang pencemaran
~ bila-bila masa boleh diberikan kepada bayi
~ tiada tarikh luput
~ susu yang paling sempurna dan paling lengkap untuk bayi
~ hanya diperolehi secara semulajadi apabila melahirkan anak
~ mengandungi imuniti yang diperlukan bayi
~ mengandungi sel hidup / leukosit, hormon, enzim
~ mengandungi antibodi
~ mengurangkan risiko jangkitan semua jenis penyakit
~ tidak pernah/amat jarang sekali memberi kesan alahan atau alergi
~ mudah dihadamkan
~ komposisinya berbeza untuk bayi pramatang dan bayi cukup bulan
~ komposisinya berbeza mengikut umur bayi
~ komposisinya berbeza dalam tiap jam dan hari
~ komposisinya berbeza dalam 1 penyusuan (awal dan akhir)
~ mencetuskan rasa ketenangan kepada bayi dan ibu

Kita perlu yakin dengan kebenaran dan saranan daripada Allah yang bermaksud "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." (Surah al-Baqarah 2:233)

Buat bakal-bakal ibu dan ibu-ibu yang menyusukan bayi, ingin tahu set penyusuan - Set B? Set Eu-Four Pack? Set E? Set Tripple M?
Yang manakah sesuai untuk anda?

Hubungi saya untuk mendapatkan tips dan dan konsultasi PERCUMA.



Salam & Senyum Sokmo dari Azza ibu WaMeAz
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya :-
Profile FB : Zaridah Hj Hashim
Email :
azza.ibuwameaz@gmail.com

* Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign