18 July 2012

MEMBAZIR???




Kita tak sedar ada yang sedang BERGEMBIRA saat kita membazir.
Oleh itu INGATLAH wahai sahabat-sahabatku semua.

Dan ingatlah membazir bukan sahaja setakat membazir kepada wang atau makanan sahaja.
Tetapi rupanya banyak tempat sesuatu itu dibazirkan.
Jom baca supaya kita sama-sama ketahui dan faham tentang MEMBAZIR.

Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:
...

1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah s.w.t.

4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah s.w.t.

5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.


*credit Lukisan Dakwah Islam

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign