2 August 2012

Perkongsian Tentang Power Pumping & Cara Mengaplikasikannya


Salam Ramadhan ke 14 buat semua pengunjung Blog Azza ibu WaMeaz. Syukur Alhamdulilah, juga kerana masih diberikan kesihatan untuk melakukuan ibadat puasa dibulan yang penuh dengan barakah ini.



Untuk N3 kali ini ibu WaMeAz ingin berkongsi tentang power pumping serta bagaimana untuk mengaplikasikan teknik ini buat ibu-ibu muda yang baru sahaja melahirkan anak sulung dan penyusuan kali pertama.
Harapan ibu WaMeAz semoga kalian sentiasa kuat untuk terus menyusukan putera @ puteri kalian.
Insyaallah semuga segalanya dipermudahkan.


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu.
Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik.
Ideanya adalah untuk meniru bayi menyusu secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.


Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.


Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, then pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.


Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Kalian jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer.
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu!
Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata, teruskan misi sehingga dapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA
…amin.


Buat ibu2 yang ingin mengetahui set penyusuan mana yang sesuai dengan anda, sila call/sms 014-8243610 (Daa Shaklee ~ iBu WaMeAz) utk pertanyaan dan konsultasi percuma.

Semua set yang ada mempunyai kebaikkan yang tersendiri bukan hanya untuk milkbooster sahaja malahan untuk kesihatan ibu juga.

Jom kita tengok testimoni-testimoni yang menggunakan set penyusuan.









Berminat???? 
Cepat.....hubungi iBu WaMeAz segera.....
Harga Istimewa menanti ANDA.


Salam & Senyum Sokmo dari Azza ibu WaMeAz
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee, sila hubungi saya :-
Profile FB : Zaridah Hj Hashim
Email :
azza.ibuwameaz@gmail.com
 Call/SMS : 014-8243610 
Fanpage :
http://www.facebook.com/#!/pages/Daa-Shaklee-iBu-WaMeAz/232463520197722
Blog : http://ibuwameaz.blogspot.com/

* Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign