24 March 2013

MEREALISASIKAN PENYUSUAN EKSKLUSIF




Susukan bayi anda dengan lebih kerap pada dua hingga tujuh hari pertama .

• Bayi yang tidur lebih dari tiga jam perlu dikejutkan untuk disusukan kerana khuatir akan kekurangan nutrien.

• Dalam tempoh 24 jam bagi bayi yang lebih besar, mereka sentiasa mendapat jumlah susu yang diambil mencukupi dengan kekerapan lapan hingga 12 kali penyusuan.

• Susukan bayi dengan kerap mengikut kemahuannya atau on demand. Perhatikan tanda-tanda awal seperti mulutnya mencari-cari sesuatu, mulutnya terbuka luas apabila disentuh atau membuat pergerakan seperti menghisap sesuatu menunjukkan bayi lapar.

• Bayi yang mendapat susu yang mencukupi akan berhenti menghisap sendiri. Dalam masa 24 jam bayi akan membuang air besar lebih lima kali. Najisnya berbintil-bintil berwarna kuning dan berbau masam.

• Si manja yang mendapat susu ibu mencukupi akan ceria, berotot dan sihat. Di samping itu si manja juga dapat tidur lena dan cergas sewaktu jaga.

• Payudara anda yang penuh sebelum menyusukan akan berasa lembut selepas proses menyusu.

• Bagi ibu bekerja, perahlah susu dan ciptakan bekalan susu yang mencukupi untuk diberikan kepada bayi selepas anda mula bekerja kelak.

• Bagi menyediakan bekalan susu yang mencukupi untuk bayi anda boleh memerah susu seawal dua minggu selepas bersalin.

• Tidak dinafikan sokongan daripada suami dan ahli keluarga juga memainkan peranan penting. Mintalah bantuan daripada ahli keluarga terdekat untuk mengatasi masalah seperti menjaga anak-anak lain, membantu dalam kerja-kerja seharian dan penjagaan bayi yang akan membantu ibu untuk mendapat rehat secukupnya.

• Penyusuan secara eksklusif tidak mustahil untuk direalisasikan kerana kini banyak gajet dan peralatan yang memudahkan proses penyusuan.

• Apa yang penting ialah keazaman anda sendiri kerana anda sendiri yang akan memberi komitmen dan melaluinya selain tidak lupa berdoa agar diberikan rezeki dan kekuatan untuk menghasilkan susu yang mencukupi.

*credit : LifeFit

Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau pembelian  produk, sila hubungi saya :-

Add/PM FB : Zaridah Hj Hashim
Like Fanpage : Jom Sihat Ceria
Call/SMS : 014-8243610


"Salam & Senyum Sokmo dari Daa ibu WaMeAz"


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign