Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster.
Antaranya ialah:
Lobak putih
Buah longan kering
- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
Kurma
- Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu
Pucuk betik/Betik muda
Halba/Fenugreek
Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed
Moringa/murunggai/pokok kelor
Jantung pisang
Daun cekur manis/pucuk manis
Kacang soya
Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
Psikologi
Insya-allah, Susu saya cukup untuk bayi saya!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
Doa
- Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.
Jika ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, anda digalakkan/dicadangkan agar mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, bertenaga, tidak stress. Insya-allah, baru penyusuan anda dapat berlangsung dengan lancar.
*credit : YourFabulousMama.Com
*credit : YourFabulousMama.Com

Nak tahu klik sini>>> Set Penyusuan???
Sebarang pertanyaan mengenai produk Shaklee atau tempahan produk, sila hubungi saya :-
Add/PM FB : Zaridah Hj Hashim
Like Fanpage : Jom Sihat Ceria
Call/SMS : 014-8243610
"Salam & Senyum Sokmo dari Daa ibu WaMeAz"
Penafian : Segala testimoni atau penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan untuk diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar.
No comments:
Post a comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.