21 October 2013

Pentingnya Asid Folik Buat Ibu Mengandung


Bagi ibu-ibu yang ingin/akan/sedang mengandung, amalkan pemakanan yang sihat adalah perlu dititikberatkan semasa mengandung, pemakanan yang betul boleh memberikan kesihatan kepada tubuh badan dan kesihatan bayi didalam kandungan.


B-complex, Set Kehamilan



Apa yang anda perlu ketahui???

Antara perkara yang sangat penting yang perlu diambil perhatian oleh seorang ibu mengandung ialah Asid folik (folic acid).

Anda memerlukan Asid Folik bagi memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda adalah seiring dengan pembesarannya.

Asid folik adalah untuk tumbesaran otak bayi. Ianya merupakan kumpulan vitamin B yang berfungsi dalam pembinaan dan kesejahteraan sel-sel dalam badan manusia. Ada terdapat banyak kajian yang menunjukkan kepentingan asid folik dalam perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan, sebelum dan semasa mengandung.



B-Complex, Set Kehamilan




Ramai wanita tidak tahu bahawa pengambilan asid folik perlu dilakukan sebelum mengandung lagi.
Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD. Menurut kajian, pengambilan asid folik dapat membantu mencegah kecacatan ini 50% ke 70% kemungkinan daripada ianya berlaku. Asid folik digunakan oleh badan wanita mengandung untuk pembinaan sel-sel bayi dalam kandungan. 
Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pengambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

B-complex, Set Kehamilan



Sumber-sumber Asid Folik

Makanan berikut mengandungi folik asid: 


barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.


Bagi mereka yang ingin mengandung, khususnya yang telah mengandung adalah sangat digalakkan untuk makan Asid Folik.


Berminat??? Hubungi saya segera.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign