6 October 2013

TIPS MENYUSU BAYI KEMBAR


Persediaan mental adalah sangat penting bagi ibu yang bercadang untuk memberi penyusuan yang eksklusif  untuk bayi kembar kerana akan timbul masalah 'susu tidak mencukupi' untuk diberikan kepada bayi kembar anda. Ramai menganggap susu ibu akan tidak cukup, lebih-lebih lagi pada hari-hari awal kelahiran bayi anda, maka salah seorang dari bayi atau kedua-duanya secara bergilirnya mungkin akan diberikan Susu Formula!


Pengedar Shaklee Kuantan 

Berikut adalah tips menyusu bayi kembar.

Untuk menerima kehadiran dua bayi atau lebih serentak, anda perlulah bersedia secara fizikal dan mental. Ia bagi mengelak daripada timbul ‘masalah tidak cukup susu’.

• Dalam tempoh 24 jam, menyusu sekerap mungkin antara 8 hingga 12 jam. Anda boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu.

• Sebelum bayi anda menangis susukan bayi anda terlebih dahulu. Jika anda menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu.

• Banyakkan berehat. Perlu banyakkan rehat untuk mengurangkan stress yang akan mengganggu penghasilan susu ibu. Apabila bayi tidur ibu juga boleh tidur. Sementara ibu menumpukan kepada menguruskan bayi ,suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain.

• Sediakan susu perahan yang banyak. Semestinya untuk bayi kembar keperluannya sekali ganda jika dibandingkan dengan seorang bayi sahaja. Sebelum anda mula bekerja bersedialah dengan mula memerah seawal dua minggu selepas bayi lahir untuk mendapatkan stok yang mencukupi untuk keperluan 2 orang bayi.

Kepada ibu-ibu yang akan melahirkan bayi kembar, TAHNIAH diucapkan. Sesungguhnya Allah telah memilih anda untuk dikurniakan 2 zuriat dalam satu masa. Yakinlah bahawa Allah akan memberi rezeki (susu ibu) yang mencukupi untuk bayi anda. Insya-allah. 

Namun bagi ibu-ibu yang mencari nutrisi tambahan untuk meningkatkan pengeluaran susu anda. Ada boleh mencuba Set Penyusuaan Shaklee. Pelbagai Set Penyusuan ditawarkan mengikut bajet anda.

Berminat untuk mengetahui info Set Penyusuan, sila hubungi saya.



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign