11 February 2014

Mulakan Hari Anda Dengan 5S

Untuk mendapat keberkatan dan murah rezeki setiap hari, mari kita amalkan 5 S ini.  Insya-allah.
1. Syukur, bersyukur kita masih hidup dan bangun hari ini, dengan kesihatan yang baik dan anggota badan yang Allah kurniakan, keluarga dan kawan-kawan serta yang paling utama nikmat Iman dan Islam. Atau ilmu yang kita dapat. Apa sahaja yang boleh kita syukuri, kira sebutkan.
2. Sujud, mulakan hari dengan solat dan sujud, lengkapkan dan sempurnakan yang wajib, dan lakukan sebanyak mungkin solat-solat sunat terutama solat sebelum dan selepas solat wajib, dhuha, tahajjud, taubat dan istikharah
3. Sedekah, biasakan setiap hari kita bersedekah tak kita banyak atau sedikit. Sesungguhnya sedekah dapat menjadi perisai kepada keburukan dan kejahatan manusia dan jin.
Malah sedekah ada cara paling mudah menjemput rezeki.

Bandingan (sedekah) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya. (surah Al-Baqarah, 2: 261)
4. Suci
Mensucikan diri dari dosa dengan bertaubat dan beristighfar sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari.

5. Selawat
Berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

{إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا}
{Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan}. [Al-Ahzab: 56]

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
«مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ»
“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]

-5S adalah perkongsian daripada Dr Azizan Osman
Info, Agama, Pengedar Shaklee Kuantan,

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign