*Bergambar bersama ahli-ahli yang hadir
As-salam buat semua pengunjung Blog Jom Sihat Ceria. Alhamdulilah, Admin baru sahaja balik dari Seminar Eksklusif Bersama Master Norita.
Seminar berlangsung pada 31 Januari 2014 bertempat di Hotel Sri Petaling, Kuala Lumpur. Seminar ini disertai oleh ahli-ahli yang berdaftar dibawah rangkaian kumpulan SHAKLEE iaitu dari group Enermax dan Genki Momma. Ahli-ahli yang hadir, datang dari beberapa negeri seperti Pahang, Terengganu, Johor, Penang termasuk juga dari Selangor dan Kuala Lumpur. Alhamdulilah seminar berlangsung dengan lancar.
Pelbagai pengkongsian serta tips dikongsi dari master-master yang hebat dan berjaya. Admin. amat teruja serta bersemangat dengan aura yang dikongsikan. Seronok juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan dari group Enermax yang selama ini hanya berchit-chat di PM & whatsapp sahaja. Selain berkongsi cerita dan pengalaman, admin juga dapat menjalin dan mengeratkan ikatan ukhwah antara kami.
*Bergambar bersama ahli-ahli Enermax
Terima kasih Admin ucapkan kepada Master Norita dan suami serta Master2 Norwina, Intan Azlin dan Nana atas perkongsian. Insya-allah jika diizinkan akan bersua lagi di seminar yang lain.
*Bersama Master Norita
Anda bagaimana??? Ingin sertai kami.
No comments:
Post a Comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.