10 February 2014

Tips Kekal Sihat Tanpa Kos Yang Tinggi


Pengedar SHAKLEE Kuantan

Ramai orang tahu bahawa mencegah lebih baik dari mengubati.  Justera itu berikut beberapa tips untuk kekal sihat tanpa kos yang tinggi.

1. Kurangkan stres

Lakukan aktiviti bersama keluarga seperti melancong, menonton TV, bersukan atau memasak.

2. Jumpa doktor anda

Langkah pertama untuk mendapatkan kesihatan yang baik dan memberi kawalan penjagaan kesihatan.

3. Kawal, kawal dan kawal

Persekitaran yang mengandungi toksin boleh menyerang sistem dalaman badan. Oleh yang demikian, kita elakkan dari pencemaran asap kenderaan, penggunaan bahan kimia dan racun perosak dan menyedup terlalu banyak asap atau debu.

4. Tidur lebih awal

Memberi perhatian pada waktu tidur, sebenarnya dapat memberikan anda hari yang lebih baik pada keesokkannya.

5. Jaga kebersihan : cuci tangan sekerap mungkin

Dengan membasuh tangan, kita dapat mengurangkan risiko pelbagai masalah kesihatan yang berpunca dari virus dan bakteria.

6. Banyakkan aktiviti bersenam

Bersenam boleh meningkatkan tenaga harian dan stamina badan kita.

7. Kurangkan pengambilan nikotin dan kafein

Kurangkan merokok dan meminum kopi apabila anda stres.  Ia akan memberi kesan negatif dalam jangka masa panjang.  Banyakkan minum air kosong akan membuatkan anda lebih segar dan bertenaga.

Justera itu, anda digalakkan untuk cuba pratikkan tips kekal sihat tanpa kos yang tinggi ini.

Tidak salah untuk mencubakan demi untuk sebuah kesihatan!!!

Pengedar SHAKLEE Kuantan



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign