19 February 2014

Diet Yang Salah


Tips, Info, Pengedar Shaklee Kuantan,

"Alamak! cam ne ni....berdiet tapi berat naik lagi....."

Sudah mengikut program diet dengan sukses tetapi berat badan tidak juga turun.  Ketahui 9 kesalahan semasa berdiet.

1. Melambatkan Sarapan Pagi

~ badan tidak dapat menerima nutrisi yang diperlukan jika kita melambatkan sarapan pagi.

2. Makan Kerana Marah

~ Jika kita dalam emosi tertentu seperti marah, stress atau risau kita lebih cenderung untuk makan tanpa berfikir panjang.

3. Tidak Cukup Tidur

~ periksa kualiti dan kuantiti tidur anda

4. Diet Terlalu Ketat

~ Sanggup tidak mengambil makanan kegemaran tetapi tidak tahan lama

5. Mudah Menyerah Kalah

~ Cepat merasa bosan dengan diet anda

6. Yakin Tidak Perlu Bersenam

~ Meninggalkan terus aktiviti bersenam.

7. Nyahkan Lemah Badan

~ Tidak boleh terus menghilangkan lemak dalam badan.

8. Kurang Kalori Terlalu Banyak

~ Diet yang terlalu ekstrem dan menurunkan kadar metabilisme dengan cepat dan menimbulkan masalah lain pula.

9. Kurang Karbohidrat

~ Menyebabkan kehilangan air didalam badan.


Jika kita berdiet dengan cara yang salah boleh menimbulkan pelbagai penyakit sehingga boleh mengancam nyawa kerana badan tidak dapat nutrisi yang mencukupi.

Berikut adalah beberapa kesan akibat diet yang salah.

1. Mudah mendapat anemia kerana badan kekurangan nutrisi.

2. Kekurangan air dalam badan mudah mendapat sembelit yang kronik.

3. Pengambilan makanan yang mengandungi lemak tepu yang tinggi dan kolesterol boleh menyebabkan kurang ingatan.

4.  Diet yang mengurangkan nutrisi boleh membahayakan seluruh sistem imunisasi badan. Masalah gigi akan berlaku.

5. Peningkatan risiko obesiti dan diabetes.

Oleh itu, jika anda ingin berdiet ikutlah cara diet yang betul dan yang disarankan oleh pakar diet.

*credit.



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign