Lengan anda besar???
Bukan saja pada pinggang yang ramping dan sepasang kaki yang cantik. Ada satu lagi bahagian yang perlu anda kuruskan jika mahu penampilan langsing anda sempurna.
1. Mulakan dengan angkat berat.
Amalkan latihan angkat berat ini sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jika tidak mempunyai kelapangan masa untuk pergi ke gim, beli sahaja dumbbell, senaman dan praktik di rumah.
2. Pilih makanan yang betul.
Utamakan sayur-sayuran, buah –buahan, daging, kekacang, bijirin, makanan rendah karbohidrat dan makanan berasaskan tenusu.
3. Minum air yang cukup.
Air cukup penting bagi membuang sisa toksik di dalam badan. Minumlah sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari.
4. Lakukan aktiviti senamrobik.
Gerak senam windmill atau kincir angin pula dikatakan berupaya memberikan bentuk lengan yang kurus. Senaman seakan menumbuk sesuatu bagi mendapatkan sepasang lengan yang pejal.
5. Senaman tekan tubi.
Dengan senaman tekan tubi, dikatakan pergerakan tersebut mampu mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Dilakukan secara konsisten.
Selamat mencuba!!!
No comments:
Post a comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.