17 March 2014

Tips Pilih Pengasuh


Tips, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,

Tugas mencari dan memilih pengasuh anak terletak di tangan ibu. Untuk ibu yang bekerja tentu sahaja perlu memikirkan pengasuh anak selepas melahirkan bayi. Tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana mencari orang yang terbaik untuk menjaga dan mengasuh anak kita perlukan penelitian dan perhatian.
Sebagai ibu, pastinya kita mahu yang terbaik untuk si kecil yang disayangi. Mencari orang yang boleh dipercayai dan menyayangi anak kita seperti anak sendiri tugas berat yang perlu digalas oleh seroang ibu.
Bagaimanapun sikap tidak percaya kepada orang lain tetap ada dalam diri kita yang bergelar ibu. Itu memang lumrah. Sukar mempercayai buah hati anda berada di bawah jagaan orang yang tidak dikenali akan membuatkan kita menjadi cerewet. 
Jadi sebelum memilih pengasuh lebih baik anda ambil tahu apa ciri-ciri yang mesti diberi perhatian.

1. Memeriksa latar belakang
Sebelum memilih pengasuh pastikan anda sudah membuat penyelidikan tentang individu/taska tersebut. Tanyalah dengan saudara mara atau rakan-rakan yang mengetahui tentang orang atau tempat itu. Dengan cara ini, anda boleh mengetahui pengalaman mereka. Anda perlu memikirkan keselesaan anak dan diri sendiri dengan pengasuh tersebut.

2. Saranan daripada orang yang dipercayai
Lebih baik jika pengasuh atau taska pilihan anda disarankan oleh mereka yang rapat dengan anda. Sekurang-kuranganya pendapat dan saranan mereka boleh dipercayai. Oleh itu disarankan memilih pengasuh yang pernah juga digunakan oleh mereka.

3. Kualiti vs harga
Tidak salah memilih pengasuh yang menawarkan harga mahal asalkan dia memberikan khidmat jagaan yang sangat berkualiti. Paling penting, anda boleh percaya dengannya dan senang hati sepanjang meninggalkan anak di bawah jagaan mereka.

4. Kebersihan
Faktor yang satu ini juga perlu diberi perhatian. Seeloknya buat tinjauan mengejut sebelum memutuskan untuk pemilihan pengasuh. Secara tidak langsung ia dapat memberi gambaran tahap kebersihan mereka.

*credit

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign