15 May 2014

Testimoni Anak-anak


Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Omega Guard, Vita-Lea, Alfalfa, Vita-C, Mealshake, Testimoni Alfalfa, Testimoni Mealshake, Testimoni Vitalea,

Anak-anak adalah permata yang sangat berharga buat saya.  Melihat mereka membesar dengan sihat dan cergas adalah saat-saat yang sangat membahagiakan buat saya sebagai seorang ibu.

Setiap ibubapa pasti ingin melihat anak-anak membesar dengan sihat dan bijak. Jika anak-anak kita jatuh sakit pasti merisaukan dan membuat kita berusaha serta berikhtiar untuk memberikan yang terbaik untuk kesihatan anak-anak kita, biarpun berbelanja lebih daripada biasa.  Sesunguhnya kesihatan dan kebahagiaan sangat-sangat ternilai buat kita.

Dari segi nutrisi, selain menyediakan permakanan yang seimbang dan menyihatkan, sebagai ibu kita juga berusaha untuk memberikan makanan tambahan kepada anak-anak. Ini kerana dalam usia anak-anak sedang membesar dan remaja, memerlukan pelbagai nutrien penting bagi menyokong tumbesaran dan perkembangan anak-anak. Maklumlah, dengan rutin anak-anak sekarang yang begitu sibuk hingga anak-anak sukar untuk mengambil makanan yang berkhasiat secukupnya setiap hari.  

Begitu juga dengan saya sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak yang sedang membesar dan meningkat remaja. Saya memastikan mereka mendapat nutrien yang sepatutnya.  Alhamdulilah, syukur kepadaNYA kerana saya telah diperkenalkan dengan produk SHAKLEE. So setelah saya berkenalan dengan produk SHAKLEE, saya juga telah menggunakan produk ini secara konsisten dan saya juga telah memberikan supplement-supplement SHAKLEE yang sesuai kepada anak-anak saya.

Jadi, hari ini saya ingin berkongsi testimoni anak-anak saya selepas mengunakan produk SHAKLEE. 

--------------------------------------------------------------

Anak perempuan saya yang sulung tinggal di asrama dan mempunyai masalah Asthma, mudah penat dan selalu mengantuk didalam kelas. Gurunya selalu memaklumkan kepada saya tentang masalah anak saya. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk membekalkannya Vita-Lea dan Omega kepadanya tambahan dia akan menghadapi SPM tahun ini. Alhamdulilah, selepas lebih kurang 2-3 bulan mengambil supplement, anak saya sudah tidak mengantuk malah lebih bertenaga sekarang.  Dan apabila setiap kali pulang kerumah saya juga memberinya Alfalfa.

--------------------------------------------------------------

Manakala anak kedua saya pula mengidap resdung sejak dari kecil. Pelbagai ubatan dan berjumpa dengan doktor biasa dan doktor pakar serta berubat tradisional untuk merawat masalah resdungnya. Masalah resdungnya juga tidak berkurangan.

Anak saya akan gatal mata serta hidungnya selalu berhingus bila memakan makan yang gatal sepeeti "seafood" yang kurang "fresh". Tambahan pulak anak saya tinggal di asmara dan terpaksa memilih atau kadang tidak mengambil lauk yang disediakan disebabkan masalah resdungnya. 

Saya cuba memberinya Vita C dan Alfalfa ketika dia balik cuti sekolah. Alhamdulilah, nampak ada perubahan, hidung tidak berhingus lagi. Dan setelah dia pulang ke asrama, dia cuba juga memakan sotong dan udang yang disediakan oleh pihak diasrama. Alhamdulilah juga, matanya tidak gatal.

Sekarang anak saya cuma memberinya Vita C sahaja, itupun ada masa dia terlupa juga untuk mengambilnya. Alfalfa pula saya akan memberinya ketika dia pulang bercuti dan ketika cuti sekolah sahaja.

--------------------------------------------------------------

Anak ketiga saya pula selalu saja demam dan tonsilnya akan membengkak. Boleh dikatakan setiap bulan saya akan membawanya berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Sehingga doktor pernah menasihatkan saya untuk membawanya ke hospital untuk menjalani "operation" membuang tonsil. Tapi biasalah budak-budak takkan nak "operation".

So saya cuba memberinya Meal Shake tambahan pula berat badannya pun kurang dan selalu memilih makanan. Saya bagi anak saya minum setiap pagi.

Alhamdulilah, saya perasan dia tidak demam walaupun ada rakan-rakan sekolahnya demam atau selsema. Dia juga mula berselera dan bertambah makan tidak seperti sebelum ini. Memang nampak perubahannya. 

Selepas beberapa bulan, saya ada membawanya ke klinik untuk mengambil ubat cacing. Doktor tanya saya, "Dah lama anak akak tak demam dan kena tonsilkan" sebab doktor tengok dalam report sebelum ini setiap bulan pasti akan datang ke klinik.

Apa lagi, saya pun jawab "A'ah....akak bagi dia minum Meal Shakes dari SHAKLEE".
dan saya perasan doktor tu tersenyum je.

--------------------------------------------------------------


Ok, inilah saja kisah anak-anak saya dan SHAKLEE. Alhamdulilah, setakat ini taraf kesihatan anak-anak saya semakin baik biarpun di sekolah bercampur dengan rakan-rakanya.

Saya juga berharap kepada ibu-ibu yang ingin mencuba produk SHAKLEE untuk anak mereka, cepat-cepatlah bertindak. Jangan tunggu dan terus menunggu. 

Lakukanlah yang terbaik untuk anak anda!

Jangan segan silu untuk menghubungi saya. Insya-allah semuga perkongsian ini membuka minda ibu-ibu semua.

Saya sedia berkongsi untuk anda! Hubungi saya segera. 

*Konsultasi PERCUMA dan BERTERUSAN dari saya untuk anda pelanggan Jom Sihat Ceria.



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign