21 June 2014

Ingat Sihat Sebelum Sakit



Salam Semua!


B-Complex, Pengedar Shaklee Kuantan, Set A, Vita-C, Vita-Lea, ESP, B-Complex,



Tentu anda biasa dengar tentang 5 perkara sebelum 5 perkara dan salah satu (1) daripada perkara itu adalah sihat sebelum sakit.

Sihat adalah nikmat serta anugerah yang tidak ternilai yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita. Akan tetapi Allah juga akan memberi sakit sebagai ujian buat kita.

Kita perlulah menjaga kesihatan secara menyeluruh kerana jika kita mempunyai wang berjuta-juta, tetapi jika kita tidak sihat, maka hilanglah segala nikmat kehidupan kita di dunia ini. 

Oleh itu amatlah penting bagi kita menjaga dan mempertingkatkan tahap kesihatan kita berkekalan dengan berusaha dan berdoa kepada Allah SWT. Ibarat sebuah kereta yang tidak mempunyai komponen yang baik sudah pasti perjalanan dan tenaganya tidak dapat di gunakan dengan baik dan selesa.

Malah setiap saat kehidupan kita sangat-sangat memerlukanya. Kesihatan yang baik akan melancarkan perjalanan hidup yang baik. Justeru itu marilah kita sama-sama mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status kesihatan bagi menikmati kehidupan yang lebih sihat.


Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik. Badan kita memerlukan makanan dan vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. 

Oleh itu, pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini, antaranya kepentingannya :-


1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.


Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang. Jika kita ingkar dan tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk dada tanya selera”. "Mencegah lebih baik dari mengubati".

Jadi kepada anda yang sedang mencari supplement dan ingin mengamalkan gaya hidup sihat anda boleh mengamalkan Set Kesihatan Optimum dari SHAKLEE yang sememangnya sangat sesuai. Set ini terdiri dari ESP, B-Complex, Vita C & Vitalea. Set ini adalah asas yang lengkap untuk memberi dan menjaga kesihatan yang optimum untuk sekeluarga.

B-Complex, Pengedar Shaklee Kuantan, Set A, Vita-C, Vita-Lea, ESP, B-Complex,
Istimewanya set ini seluruh keluarga anda boleh mengambil dan mengamalkannya. Sangat berbaloi untuk memiliki dan menikmati khasiatnya. 

Jadi, jangan berlengah lagi untuk mendapatkan Set Kesihatan Optimum ini dengan informasi dan konsultasi percuma dari saya.

Dapat harikan ini dari kami di Jom Sihat Ceria.

*Stok Ada Tersedia!


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign