21 June 2014

Sehari Di Bengkel Nutrisi SHAKLEE


Salam Semua kepada pembaca dan pengunjung Blog Jom Sihat Ceria.

Seminar, Bengkel, Pengedar Shaklee Kuantan, Ahli Shaklee, Produk SHAKLEE,


Alhamdulilah, hari ini saya dapat menyertai Bengkel Nutrisi SHAKLEE yang diadakan di Hotel Grand Continental Kuantan yang disertai lebih dari 100 orang SHAKLEE Independent Distributor (SID) di sekitar Kuantan dan juga dari luar Kuantan yang hadir untuk menimba ilmu nutrisi daripada pakar-pakar Nutrisi SHAKLEE.

Tidak dinafikan saya sangat teruja dapat menyertai Bengkel Nutrisi ini kerana sebagai seorang pengedar SHAKLEE, kita perlu sentiasa mengetahui tentang kelebihan suplement-suplement SHAKLEE supaya dapat berkongsi dengan pelanggan dan juga pembaca Blog Jom Sihat Ceria ini.

Seminar, Bengkel, Pengedar Shaklee Kuantan, Ahli Shaklee, Produk SHAKLEE,

Seminar, Bengkel, Pengedar Shaklee Kuantan, Ahli Shaklee, Produk SHAKLEE,




Pakar Nutrisi SHAKLEE


Bengkel Nutrisi yang diadakan sehari ini telah dikendalikan oleh 2 orang pakar nutrisi SHAKLEE yang berpengalaman dan berpengetahuan luas tentang produk serta sangat ceria iaitu Pn. Wan Siti Zulaicha dan Pn. Siti Sarah dari SHAKLEE Home Office Subang Jaya.

Sepanjang Bengkel berlansung kami disediakan ESP dan Performance Drink secara PERCUMA untuk semua SID yang hadir minum supaya bertenaga.


Seminar, Bengkel, Pengedar Shaklee Kuantan, Ahli Shaklee, Produk SHAKLEE,

Info Produk


Di dalam bengkel ini, kami diterangkan tentang setiap jenis supplement SHAKLEE serta fakta-fakta penting bagi memudahkan proses penerangan dan konsultasi kepada pelanggan kami disamping perkongsian tips serta panduan.


Selain itu, kami diberikan 2 supplement SHAKLEE yang superb iaitu Vita-Lea ( Multivitamin) dan Vita-E secara PERCUMA. Kami juga berpeluang mencuba masker COLLAGEN POWDER. Ianya sangat mudah diserap oleh badan sebaik disapu ke tangan. Didalam masa yang sama kami juga ditunjukkan dengan demonstrasi bagaimana Vita-Lea dan B-Complex larut di dalam air dengan cepat kurang daripada 10 minit selepas kita mengambil

Seminar, Bengkel, Pengedar Shaklee Kuantan, Ahli Shaklee, Produk SHAKLEE,



Siapa yang boleh untuk menyertai bengkel nutrisi ini?

Bengkel nutrisi ini boleh dihadiri oleh sesiapa sahaja yang bergelar PENGEDAR SHAKLEE. Maknanya, anda perlu menjadi ahli shaklee dahulu untuk layak menyertai BENGKEL EKSKLUSIF ini. Bengkel ini diadakan oleh SHAKLEE di seluruh negara mengikut jadual yang disediakan. 

Anda masih belum menjadi AHLI SHAKLEE? Anda boleh mendaftar sebagai ahli shaklee di bawah jaringan Team saya iaitu Bizz Vita Network (BVN) yang bernaung di bawah Team Enermax oleh Master Farah Alias dan Euphoria Team oleh Pengasas Shaklee Online, Master Norita.

Sebenarnya saya tidak sabar untuk berkongsi ilmu nutrisi yang saya perolehi ini dengan anda yang bakal menjadi pengedar shaklee di bawah team BVN saya. Jangan tunggu lagi untuk menjadi Ahli SHAKLEE dan mulakan gerak langkah dan tindakan anda hari ini.

Aktiviti Interaktif

Di akhir slot, ada game tentang supplement SHAKLEE.  Kami dibahagikan berdasarkan kepada fakta yang tertulis pada setiap keratan kertas yang diberikan oleh pakar nutrisi dan bergerak ke setiap kumpulan Supplement yang dimaksudkan. Syok sangat! Rugi pulak tak jadi wakil group sebab siapa jadi wakil dapat souvenir. Dan group yang menang membentang tentang produk, dapat hadiah sebotol DTX Complex sorang sebotol. 


Seminar, Bengkel, Pengedar Shaklee Kuantan, Ahli Shaklee, Produk SHAKLEE,


Sijil Bengkel Nutrisi


Apa yang penting, saya telah memperolehi SIJIL BENGKEL NUTRISI sebagai bukti yang saya merupakan pengedar shaklee yang bertauliah dengan ilmu nutrisi produk.
Akhir kata, penyertaan Bengkel Nutrisi ini sangat berbaloi dengan pelbagai input dan info tentang setiap produk SHAKLEE yang dikongsikan.
Seminar, Bengkel, Pengedar Shaklee Kuantan, Ahli Shaklee, Produk SHAKLEE,


Tunggu update terbaru di entri akan datang! :)

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign