4 June 2014

Usaha Tangga Kejayaan

Ahli Shaklee, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,

Salam Semua!

Alhamdulilah, hari ini saya ingin berkongsi tentang bisnes SHAKLEE saya. Selama ini pun saya banyak berkongsi berkaitan produk dan mengalu-alukan untuk menjadi ahli SHAKLEE. 

Mungkin ramai yang nak tahu perkembangan bisnes SHAKLEE saya. Sudah semestinnya menjadi asam garam bagi mereka yang berbisnes pasti ada turun naiknya dalam bisnes. Tetapi saya yakin, jika kita yakin dengan rezeki dari Allah untuk kita, pasti ada rezeki yang datang itu untuk kita. Insya-allah.

Sepanjang saya mengharungi bisnes ini, walaupun pada mulanya hanya untuk memakai sendiri produk tetapi lama-kelamaan rasa seronok  dan ingin berkongsi bila kita dapat rasa keberkesanan dan keistimewaan produk ini disamping dapat menjana pendapatan. 

Saya mula bisnes dari kosong dan sehingga sekarang masih lagi mencari ilmu untuk mempelajari tentang produk SHAKLEE. Untuk dapatkan ilmu, kita perlu banyak membaca, mengikuti seminar atau kelas yang dianjurkan oleh pihak SHAKLEE dan juga Group yang saya bernaung.

Selain menghadiri kelas, saya juga banyak mendapat bimbingan, panduan dan tunjuk ajar dari "Leader-leader" saya yang sangat menyokong saya untuk terus berjuang dan berjaya.

Dari satu tangga ke satu tangga saya cuba tempuhi untuk terus mendaki puncak kejayaan. Apa yang penting saya perlu berusaha untuk berjaya. Sepanjang saya berbisnes ini, saya juga telah mendapat beberapa anugerah dari pihak SHAKLEE.

Tidak saya nafikan, pada permulaan berbisnes, saya ada sedikit keraguan tetapi dengan doa dan berkat sokongan dari suami dan anak-anak saya terus mengatur langkah demi sebuah kejayaan.

Pada awal bisnes dulu, bonus yang saya dapat hanya 2 angka, kemudian meningkat 3 angka dan sehingga sekarang bonus bulanan saya dapat adalah 4 angka berkekalan. Alhamdulilah. Dan insya-allah dengan izinnya saya akan terus berusaha untuk mencapai bonus 5 angka seperti yang saya idamkan. 

Begitu juga ahli dibawah group Bizz Vita Network (BVN) saya, semakin hari semakin berkembang dan bertambah. Walaupun ada diantara mereka hanya untuk memakai sendiri dan ada juga yang menjana pendapatan.

Pada awal berbisnes dulu, saya langsung tidak mempunyai bekalan stok tetapi alhamdulilah sekarang saya mempunyai bekalan stok yang tersedia jika ada yang memerlukan stok segera.


Ahli Shaklee, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,

Jadi, pada anda yang masih ragu-ragu untuk berbisnes, cubalah pandang ke hadapan dan yakinlah pada diri anda kerana tidak semua orang yang berjaya itu, mereka terus berjaya tanpa melalui liku-liku kesusahan. Yang penting anda perlu bersabar, banyakkan doa dan terus berusaha untuk berjaya.

Ingat! "Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" dan "tepuk dada tanya selera".

Bagi anda yang ingin berbisnes dan menjana pendapatan, "kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan" untuk membantu anda. Oleh itu, jangan malu jangan segan untuk mengorak langkah permulaan anda.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pembelian produk atau keahlian atau untuk menjana pendapatan bersama-sama Team BVN.  Sila hubungi saya melalui salah satu medium dibawah. 


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign