30 September 2014

Closing Shaklee September 2014




Salam semua!

Hari ini adalah hari terakhir di bulan September dan merupakan "Closing Day" untuk semua SID.

Hari ini agak hura hara sikit kerana pagi-pagi lagi perlu keluar untuk COD ke beberapa tempat di sekitar Bandar Kuantan. Alhamdulilah permintaan dan sambutan dari pelanggan sangat menggalakan. Biar pun ramai yang menjual Shaklee tetapi ramai juga yang membeli dengan kami di Jom Sihat Ceria.

Selepas balik dari COD, saya bergegas pulak menyiapkan packing pesanan untuk di kurierkan. Dan dalam masa yang sama PM, SMS serta Whatsapp dari pelanggan bertalu-talu masuk untuk bertanya dan memesan pesanan.

Apapun saya bersyukur dengan rezeki dariNYA dan berterima kasih atas kepercayaan yang diberikan dari pelanggan kami.

Untuk bulan seterusnya, akan ku cabarkan diri sendiri untuk terus maju kedepan! Kami punyai matlamat yang sangat besar dalam bisnes shaklee ini. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami semua. Amin!


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign