14 October 2014

Apa Itu Asid Amino


ESP, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Keistimewaan SHAKLEE, Ahli Shaklee,



Asid Amino?

Asid amino adalah unit asas bagi protein. Protein adalah bahan asas bagi pembentukan badan kita.
 
Asid amino boleh ditakrifkan sebagai suatu molekul organik yang terdiri daripada asid karboksilik amina dan kumpulan-kumpulan berfungsi asid amino terdiri daripada nitrogen, karbon, oksigen,sulfur dan hidrogen molekul.

Terdapat lebih 20 jenis Asid Amino penting yang diperlukan dalam sintesis protein.

Asid Amino terdiri dari dua jenis iaitu asid amino esential dan asid amino tidak esential ianya sama penting tapi diperoleh dari sumber yang berbeza.

Asid amino perlu (essential) membawa maksud, badan tidak dapat sintesiskannya daripada sumber lain dan memerlukannya daripada sumber luar / makanan tambahan.
>> histidine, isoleucine, leucine, lisin, methionine, phenylalanine, threonine, tryptophan, valine

Asid Amino tidak perlu (non-essential) bukan bermaksud tidak perlu tetapi ia boleh disintesiskan daripada sumber lain / dapat dihasilkan dalam tubuh kita / dijumpai secara bebas di dalam badan.
>> alanin, arginin, asparagine, asid aspartik, cysteine, asid glutamik, glutamin, gylcine, proline, tyrosine, serine

Semua Asid Amino melaksanakan fungsi penting dalam badan. Ia bekerja lebih baik apabila kita mengambil semua jenis asid amino. Jadi, penting untuk kita dapatkan pelbagai protein dalam diet kita.

Protein dalam makanan yang mengandungi semua asid amino dipanggil protein lengkap!

Jika kita tidak mendapatkan Asid Amino yang cukup dalam diet seharian, kesihatan kita akan/boleh terjejas! Jumlah asid amino penting yang rendah (tak cukup) akan menimbulkan gejala seperti keresahan, tak fokus, daya tumpuan lemah, keletihan, kemurungan & ketidakseimbangan hormon. Semua ni nak bagi kita nampak tua sebelum masanya.


Fungsi 9 Asid Amino yang perlu

Mari kita baca apakah fungsi setiap satunya.

1. Histidine 

Histidine berfungsi untuk membina dan membaiki tisu yang rosak. Ia juga penting untuk mengekalkan kesihatan tiub mielin yang melindungi sel saraf kita. Kita memerlukan histidine untuk menghasilkan sel darah merah dan putih dan juga histamin yang penting untuk kesihatan imunisasi badan. Histidine melindungi tubuh dari kerosakan akibat radiasi dan berupaya untuk menyingkirkan logam berat dari dalam tubuh.

2. Isoloeucine

Fungsi Isoleucine antara lain adalah untuk menghasilkan hemoglobin, menstabilkan dan menyelaraskan tahap gula dalam darah dan juga memberikan tenaga. Asid amino ini dimetabolismakan di dalam tisu otot yang menyebabkan ia menjadi satu nutrien penting bagi ahli sukan untuk menjana tenaga, meningkatkan stamina dan membantu dalam penyembuhan dan pembaikian semula tisu otot. Isoleucine juga merupakan salah satu cabang daripada tiga asid amino berangkai - bersama-sama dengan leucine dan valine.

3. Leucine

Leucine berkerjasama dengan asid amino isoleucine dan valine dalam melindungi otot dan bertindah seumpama bahan api bagi badan manusia. Ketiga-tiga asid amino ini membantu dalam menyembuhkan kecederaan tulang, kulit dan tisu otot dan sangat disarankan bagi mereka yang baru selesai menjalani pembedahan. Leucine juga penting dalm merendahkan tahap gula dalam darah yang tinggi serta merangsang penghasilan hormon reproduksi (kesuburan).

4. Lysine

Asid amino lysine penting untuk pembinaan tubuh. Kanak-kanak yang sedang membesar amat memerlukannya bagi mendapatkan pertumbuhan dan perkembangan tulang yang sihat kerana ia membantu dalam penyerapan kalsium. Selain itu, lysine juga bertanggungjawab dalam membantu penghasilan antibodi, hormon dan enzim serta menolong dalam pembentukan kolagen dan juga pembaikian tisu. Justeru, ianya penting untuk mereka yang baru menjalani pembedahan dan mengalami kecederaan sukan. Lysine juga dikatakan dapat merendahkan tahap serum trigliserida yang tinggi dan digunakan untuk melawan virus Herpes.

5. Methionine

Methionine berfungsi untuk memecahkan lemak dan menghalang pembentukan lemak di hati dan salur darah yang boleh menyekat aliran darah ke otak, jantung dan buah pinggang. Ia juga penting untuk mensintesis asid amino yang lain seperti cystein dan taurine. Methionine menolong sistem penghadaman berjalan lancar dengan membantu mendetoks agen bahaya seperti karbon dan logam berat. Kita juga memerlukan methionine untuk mengelakkan kerosakan rambut, melindungi tubuh daripada radiasi dan mengawal osteoporosis atau alahan kepada bahan kimia.

6. Phenylalanine

Phenylalanine penting untuk tubuh kita kerana ia bertanggungjawab menjadi asid amino tyrosine yang digunakan untuk mensintesis dua neurotransmitter utama bagi mengawal kesedaran, iaitu dopamine dan norep-inephrine. Hubungannya dengan sistem saraf utama menyebabkan ia ada kaitan dalam menaikkan mood seseorang, mengurangkan sakit, membantu kita menghafal/mengingati sesuatu dan mengurangkan selera makan. Phenylalanine ada digunakan untuk merawat arthritis, kemurungan, kekejangan disebabkan PMS, migraine, obesiti, penyakit Parkinson dan schizophrenia.

7. Threonine

Threonine adalah asid amino perlu yang digunakan untuk mengekalkan kesiembangan protein di dalam badan dan penting dalam pembentukan kolagen dan elastin. Terdapat di dalam jantung, sistem saraf tunjang dan otot skeletal, threonine membantu mencegah pengumpulan lemak di dalam hati. Ia juga menguatkan sistem ketahanan badan dengan menghasilkan antibodi.

8. Tryptophan

Untuk menghasilkan vitamin B3 (Niacin), kita memerlukan Tryptophan. Ia digunakan oleh otak untuk menghasilkan serotonin, iaitu satu neurotransmitter yang menghantar maklumat dari satu sel ke satu sel yang lain bagi mengawal pergerakan dan juga bertanggungjawab memastikan kita mendapat tidur yang normal. Jadi, tryptophan merupakan satu elemen yang dapat membantu melawan kemurungan dan juga insomnia dan membantu menstabilkan mood. Tryptophan mengawal hyperactivity di kalangan kanak-kanak, menghilangkan stress, menyokong kesihatan jantung, menolong mengawal berat badan dengan mengawal selera makan dan menyokong pelepasan hormon untuk pertumbuhan. Ia juga elok untuk migrain dan boleh mengurangkan kesan nikotin.

9. Valine

Valine merupakan asid amino perlu yang mengandungi efek stimulan. Ia diperlukan untuk metabolisma otot, pembaikian tisu dan untuk mengekalkan keseimbangan nitrogen dalam badan. Valine terdapat lebih banyak dalam tisu otot dan merupakan salah satu asid amino berangkai yang menjadi sumber tenaga bagi tisu otot.

Jadi, memandangkan fungsi penting yang dijalankan oleh 9 asid amino perlu ini, kita perlulah memastikan mereka terdapat di dalam diet seharian kita. 

Jadi, dari mana untuk mendapatkan 9 asid amino perlu ini dalam satu hidangan? Apatah lagi asid amino ini tidak boleh dihasilkan oleh badan. Jika anda sukar untuk mendapatkannya, tidak perlu risau lagi. Hubungi saya untuk mendapatkan sumber protein terbaik yang mengandungi 9 asid amino perlu ini.

Jom mulakan hari-hari sihat anda bersama kami. Jangan tunggu lama-lama.
 


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign