26 October 2014

Mana Pilihan Anda, Surirumah Biasa atau Surirumah Jutawan

Jana Pendapatan, Keistimewaan SHAKLEE, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,

Jika anda diberi pilihan, yang mana satukah pilihan anda? Surirumah Biasa atau Surirumah Jutawan? 

Kenapa saya bertanya begitu? Sebabnya sudah menjadi fenomena sekarang ramai surirumah yang berjaya menjana pendapatan lumayan dengan hanya duduk dirumah sambil menjalankan bisnes online. Inilah satu-satunya cara bagaimana surirumah boleh menjana pendapatan sekaligus menjalankan rutin harian menjaga dan menguruskan keluarga di rumah.

Cuba anda bayangkan, setiap hari anda pasti menggunakan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instragram, Blog dan macam-macam lagi. Untuk apa? Hanya untuk saja-saja kan! Kenapa anda tidak meluangkan masa anda dengan melakukan sesuatu yang berfaedah dan menguntungkan anda.

Melalui bisnes online juga anda boleh perkembangkan pelbagai bisnes hanya dari rumah dan menggunakan kemudahan yang anda ada. Jika anda mengatakan tidak tahu bagaimana untuk memulakan bisnes online?  Itu hanya satu alasan dan hanya isu kecil sahaja. Jika tidak tahu sesuatu, kita boleh mempelajarinya. Betul tak? Tak semua orang yang berjaya, boleh terus pandai tanpa mempelajarinya. Banyak medium atau sumber yang boleh digunakan untuk menpelajari selok belok bisnes online ini.

Untuk memulakan sesuatu bisnes online, anda perlu tahu apa yang ada suka dan minat? Pilihlah bisnes yang anda minat kerana jika anda minat anda akan melakukan bersungguh-sungguh tanpa rasa terpaksa.

Jika anda ingin melakukan bisnes online, anda juga perlu tahu dan tanya diri anda? Untuk apa anda ingin bisnes online? Jika anda rasa dengan bisnes online anda dapat menambah pendapatan dan membantu kewangan keluarga anda, jadi mulakan langkah untuk memulakan bisnes online yang anda inginkan. TETAPI jika anda bisnes sekadar mengisi masa lapang anda, saya pasti bisnes anda tidak akan bertahan.

Jadi, tepuk dada tanya selera. Apakah yang anda inginkan? Jadi Surirumah biasa atau surirumah Jutawan. Dan jika tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya?

Fikir-fikirkanlah.

Semuga impian anda untuk menjadi surirumah jutawan terlaksana. Insya-allah. 

Jana Pendapatan, Keistimewaan SHAKLEE, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,




No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign