25 October 2014

Salam Maal Hijrah


Greetings, Wish, Pengedar Shaklee Kuantan, Blog Jom Sihat Ceria,

Awal Muharram merupakan pembuka kepada tahun hijrah yang membawa erti sangat besar kepada seluruh umat Islam. Penghijrahan Rasulullah SAW daripada Makkah ke Madinah bukanlah hanya sebagai satu episod melarikan diri tetapi terselit padanya pengajaran yang sangat bernilai untuk dicontohi oleh kita semua. Kalau diteliti, keseluruhan perjuangan Rasulullah s.a.w. merupakan satu gabungan tindakan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam yang tulen iaitu sentiasa berikhtiar, sabar dan tidak putus asa, dan sentiasa berserah kepada Allah SWT.

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Bersempena dengan ketibaan tahun baru Hijrah 1436 saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua muslimin dan muslimat.

Alhamdulillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita bersama-sama sekali lagi menyambut tahun baru Hijrah.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,Allah ampunkan dosanya setahun”

Greetings, Wish, Pengedar Shaklee Kuantan, Blog Jom Sihat Ceria,

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Greetings, Wish, Pengedar Shaklee Kuantan, Blog Jom Sihat Ceria,

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign