19 October 2014

Day 5 : Tips Legakan Stress Dengan Hobi Yang Menarik


Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Info, Info Sihat, Cabaran, Tips, Motivasi,


Tekanan perasaan atau stress boleh dihindari jika anda berusaha mencari jalan untuk mengatasinya.

Stress sememangnya boleh mengganggu ketenangan dan juga menghilangkan rasa keyakinan dalam diri anda.

Tahukah anda?

Sebenarnya dengan melakukan sesuatu hobi @ kegemaran tertentu, anda boleh melegakan stress anda.

Berikut adalah 6 hobi menarik yang dipercayai sangat membantu.

1. mempelajari bahasa asing - sangat bermanafaat serta membantu perkembangan otak.

2. bermain Video Game - meningkatkan kemampuan anda dalam membuat keputusan dan anda lebih fokus.

3. uji minda dengan permainan "Puzzle" - boleh merangsangkan fikiran dan otak serta memberi kepuasan dan keseronokan jika menyiapkan puzzle.

4. membaca - walaupun hobi yang biasa tetapi dengan membaca anda boleh meningkatkan kemampuan dan sangat bermanafaat.

5. mengumpul duit syiling - melatih anda menjadi seorang yang sabar serta menghargai koleksi yang ada.

6. bermain alat muzik - dapat mengekspresikan perasan anda.

Semuga perkongsian ini dapat melegakan masalah stress dan anda lebih fokus kepada apa yang anda lakukan.

Selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign