26 November 2014

Amalan Zikir Harian


Berzikir boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dengan persekitaran yang bersih. Pelbagai cara boleh digunakan semasa berzikir, antaranya disukat dengan ruas jari, tasbih dan juga tasbih digital yang terkini.

-Betapa banyaknya pahala jika kita mendengar alunan zikir, apa lagi menyebutnya.


-Ketahuilah, bahawa makhluk, haiwan dan tumbuhan Allah ciptakan hanya berzikir kepada Allah di samping memberi khidmat pada manusia, ia tidak pernah berhenti berzikir kepada Allah sehinggalah hari kiamat.

-Sedangkan makhluk Allah yang kecil itu bersungguh-sungguh tanpa penat berzikir memuji Allah.

-Terima kasih Allah kerana mengingatkan aku supaya tidak lupa kepadaMu.Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illalllah wallahu akbar.

-Janganlah kita sebagai manusia berat hendak melafaz @ mengucap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir sebagai tanda kita bersyukur atas nikmat kurnia yang Allah bagi pada kita.

-Rasulullah s.a.w. bersabda, "Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon".
  (HR Ibnu Majah)

-Di antara zikir yang boleh dirutinkan setiap saat, dibaca agar lisan terus basah dengan zikrullah adalah empat kalimat mulia iaitu  

Agama, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,


Yang pasti dengan berzikir akan membuat kita tenang. Jom kita bangunkan sunnah semuga hidup kita diberkati dan dirahmati oleh Allah sentiasa. Insya-allah.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign