20 November 2014

Makanan Dan Minuman Yang Perlu Dielakkan Oleh Ibu Menyusu

Kongsi, Info, Info Sihat, Pengedar Shaklee Kuantan,


Buah-buahan sitrus 

Buah-buahan yang tinggi dengan kandungan vitamin C seperti lemon, limau, oren dan limau gedang adalah berasid dan boleh mengganggu sistem gastro-usus dan salur penghadaman bayi anda yang belum matang. 

Ini boleh membahayakan bayi anda. Bayi yang sensitif terhadap kehadiran sitrus dalam susu ibu mungkin mengalami ruam lampin. 

Oleh itu makanlah buah-buahan tropikal yang lain seperti buah mangga, jambu batu, epal dan lain-lain.

Makanan laut dengan kandungan merkuri yang tinggi 
Elakkan daripada makan ikan yang tinggi dengan merkuri terutamanya ikan yu, ikan todak, tenggiri raja dan tilefish. 

Tahap merkuri yang tinggi akan menjejaskan otak dan sistem saraf bayi anda. 

Pilihlah makanan laut yang rendah kandungan merkuri termasuklan udang, salmon, tuna dan ikan air tawar. 

Intoleransi makanan atau alahan 
Berjaga-jaga dengan tanda-tanda intoleransi atau alahan makanan pada bayi anda kerana bayi anda mungkin mengalami sakit perut, mempunyai masalah tidur, atau gatal-gatal, ruam, dan ekzema atau pernafasan bersiul. 

Jika bayi anda mempunyai sebarang gejala ini, cuba hadkan pengambilan susu dan produk tenusu, produk gandum dan kerang, dan elakkan kacang tanah dan produk kacang lain (alergen yang paling biasa dalam kalangan bayi dan kanak-kanak

Alkohol 
Elakkan daripada meminum alkohol sebelum menyusu. Jika anda meminum alkohol, hadkan kepada jumlah yang sedikit (setengah gelas atau kurang) ini akan mengurangkan jumlah yang dirembeskan ke dalam susu ibu. 

Alkohol di dalam susu ibu boleh mendatangkan kesan yang tidak baik pada bayi anda dan mungkin mengurangkan refleks pengeluaran susu kepada ibu yang menyusu. 

Alkohol yang digunakan dalam masakan adalah biasanya selamat untuk dimakan kerana alkohol tersebut akan mengalami penyejatan. 

Kafein 
Untuk penggemar kafein – kafein boleh mengakibatkan iritasi dan mengganggu tidur bayi anda. 

Jika boleh elakkan minuman berkarbonat sebanyak mungkin dan berjaga-jaga dengan minuman seperti kopi, teh, minuman ringan, minuman tenaga dan minuman coklat yang berlebihan. 

Ia mungkin kesempatan yang baik untuk membuang tabiat pengambilan kafein dan anda mungkin ingin bertukar kepada kopi atau teh yang telah dinyahkafein.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign