11 November 2014

Suri Bekerja Dari Rumah

Jana Pendapatan, Pengedar Shaklee Kuantan, Kongsi, Info, Ahli Shaklee,


Bekerja dari rumah bukanlah sesuatu perkara yang mustahil pada masa sekarang. Tidak kira anda seorang suri rumah, pelajar, pengangur, pekerja yang sudah pencen malah pekerja yang sedang bekerja pun boleh bekerja dari rumah untuk menambah pendapatan. 

Yang penting anda ada pengetahuan asas tentang komputer, ada talian internet anda mampu menjana pendapatan yang anda inginkan. Jika anda sudah bersedia untuk mengubah perspektif negatif tentang pekerjaan dari rumah, ayuh sama-sama kami memeriahkan persada bisnes online dengan menjadi Pengedar Shaklee bersama-sama TEAM saya.

Jana Pendapatan, Pengedar Shaklee Kuantan, Kongsi, Info, Ahli Shaklee,

Untuk makluman anda pengunjung dan pembaca laman Jom Sihat Ceria, saya adalah seorang surirumah sepenuh masa dan sekaligus berTITLE Suri Bekerja Dari Rumah. Memang tidak dapat dinafikan kerja-kerja rumah sentiasa ada dan tiada kesudahan bermula dari awal pagi di bawa hingga ke malam. Walaupun demikian dengan hanya duduk dirumah tetapi saya masih boleh membahagikan masa untuk mencari duit didepan laptop. 

Nama pun Suri Bekerja Dari Rumah, selain kerja didepan laptop kerja-kerja rumah perlu dibereskan dan sebagai seorang ibu yang tidak bekerja, sudah semestinya kerja memasak perlu dilakukan dan tak kan nak beli lauk kat luar pulak kot.

Sebenarnya bekerjaya sebagai Suri Bekerja Dari Rumah sememangnya seronok. Walaupun kita berurusan dengan pelanggan melalui alam maya tetapi kita masih lagi boleh menambah dan membantu rakan-rakan dengan kerjaya yang kita usahakan.

Alhamdulillah pada Mei 2012 saya telah mendaftar sebagai ahli Shaklee yang pada awalnya adalah untuk kegunaan sendiri. Tetapi setelah merasai dan ada keserasian produk Shaklee dengan saya maka saya ingin berkongsi kebaikan produk sekaligus belajar menjana pendapatan dan membuat keputusan untuk bekerja dari rumah dengan hanya menjalankan bisnes Shaklee. Saya sedar untuk berjaya sebagai Suri Bekerja Dari Rumah memang sukar tetapi yang penting tiada istilah kecewa atau gagal dalam diri kita. Perlu selalu bersikap positif, sedia menghadapi apa jua halangan dan cabaran, perlukan kesabaran, selalu doa dan tawakal serta sentiasa berusaha dan perlu kreatif, insya-allah akan membuahkan hasilnya.

Dengan jaringan TEAM yang semakin bertambah dan berkembang, saya rasa bersyukur diberi peluang menjalankan bisnes online sekaligus boleh menjana pendapatan dengan Shaklee. Tiada halangan untuk berhubung dengan rakan-rakan bisnes atau bakal rakan bisnes kini kerana pelbagai medium ada untuk berkongsi idea dan bertukar pendapat disamping dapat mengikat ukhwah sesama kita. 

Jadi, sebenarnya tiada alasan untuk anda berjaya dan menjana pendapatan dari rumah kerana sekarang Suri Bekerja Dari Rumah pun boleh mendapat income yang luarbiasa.

Jom sama-sama bekerja dari rumah. Nak tahu bagaimana saya boleh menjadi Suri Bekerja Dari Rumah? 

Jangan malu untuk hubungi saya. Saya kongsikan dengan anda.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign