13 November 2014

Day 30 : Tip Untuk Wanita Kekal Bertenaga

Cabaran, Produk SHAKLEE, Pengedar Shaklee Kuantan, Info, Kongsi,

Peningkatan usia akan membuatkan seseorang mudah cepat penat dan tidak bertenaga untuk melakukan aktiviti yang biasa dilakukan dikala muda belia. Namun begitu tidak bermakna anda perlu dalam situasi begini hingga ke akhir usia. 

Jangan risau, pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk mengembalikan tenaga yang kian surut. Berikut adalah 10 Tip yang boleh di praktikkan.  

1. Mengambil sarapan yang berkhasiat

Sarapan penting untuk memberi bekalan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.

Protein adalah salah satu sumber tenaga yang berpanjangan dan mengawal kadar gula dalam sistem koordinasi tubuh badan.

2. Lakukan diet yang seimbang

Diet bukanlah untuk menyeksakan diri dari makan dan berlapar sepanjang hari. Diet yang betul adalah dengan mengambil makanan yang seimbang setiap hari agar dapat meningkat tahap metabolisme dalam badan.

3. Minum air kosong yang secukupnya

Pengambilan air yang mencukupi dapat meningkatkan daya tumpuan dan pemahaman. Jadi, bermula dari hari ini amalkan meminum sekurang-kurangnya lapan (8) gelas setiap hari.

4. Senaman yang rutin

Melakukan senaman secara rutin akan membantu mengekalkan stamina. Ia juga membantu anda berasa lebih cergas.

5. Pengambilan 'FOLAT'

Mengambil makanan yang kaya dengan FOLAT dapat membantu membekalkan tenaga dan hasilnya MOOD anda akan lebih ceria dan akan berasa cergas sepanjang hari.

6. Ambil snek

Menggantikan makanan ruji dengan snek ringan yang mempunyai kandungan zat yang sama.

7. Pilihan warna

Pilihlah warna-warna yang ceria seperti merah, hijau, biru muda dan sebagainya untuk membuat kita cergas sepanjang hari.

8. Penggunaan Aromaterapi

Kembalikan tenaga dengan menggunakan pati minyak aromoterapi. Ia membangkitkan mood dan mengembalikan semula tenaga yang hilang serta memberi kesegaran pada tubuh.

9. Lakukan ujian minda

Untuk memastikan fikiran anda sentiasa aktif, sihat dan kuat. Lakukan aktiviti ujian minda untuk mengelakan diri jadi pelupa.

10. Menyegarkan fikiran

Lakukan sesuatu aktiviti yang lain dari biasa sekali sekala untuk menyegarkan kembali minda serta membuatkan anda akan rasa kembali bersemangat untuk bekerja dan meneruskan hari-hari berikutnya.

Semuga tip ini bermanfaat untuk anda. 



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign