16 December 2014

Kenali Diet Atkins


Salam Semua!

Untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan tentang Diet Atkins.

Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Blog Jom Sihat Ceria, FB Page,


Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C pada awal tahun 70an.

Diet ini membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan.


Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, kentang dan gula. Badan akan membakar lemak sebagai bahan api. Ini bermakna berat badan akan mula menyusut.

Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Blog Jom Sihat Ceria, FB Page,

Dengan mengamalkan diet ini, karbohidrat disingkirkan dari pemakanan anda, bermakna kalori dapat dikurangkan dan membawa kepada penurunan berat badan.

Bagaimanapun, diet Atkins juga ada kesan buruk juga iaitu tubuh badan anda menggunakan lemak sebagai bahan bakar oleh itu anda perlu mengambil banyak protein menyebabkan anda mengambil banyak kolesterol dalam seharian.

Sebagai contoh, makanan laut seperti udang dan ikan mempunyai protein yang tinggi dan hampir kesemuanya mengandungi kolesterol yang menjadi punca kepada sakit jantung. Ketosis akan menyebabkan nafas berbau, menyebabkan osteoporosis dan merosakkan buah pinggang jika dilakukan dalam jangka masa panjang.

Selain itu, ketosis juga membawa kepada penghasilan urik asid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi), batu karang dan sembelit.
Walaupun diet Atkins boleh menurunkan berat badan dengan pantas tapi usah terkejut apabila hasil bentuk tubuh anda akan lebih kepada kurus lembik dan bukannya berotot kerana penurunan pantas ini hanya melibatkan penurunan berat air dan otot!
Semuga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak info tentang diet Atkins.
Berminat untuk dapatkan produk Shaklee, hubungi saya! Pelbagai set ditawarkan. Stok tersedia.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign