5 December 2014

Makanan Yang Mempercepatkan Penuaan


Bagi anda yang prihatin dengan penuaan, anda perlu tahu tentang makanan yang mempercepatkan proses penuaan. 

Terdapat juga makanan yang tidak baik diambil secara berlebihan. Bukan sahaja bahaya untuk kesihatan malah ia juga mempercepatkan proses penuaan. 

Jom kenali empat jenis makanan yang mempercepatkan proses penuaan.

GARAM

tips, Info Sihat, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,

Mengambil garam berlebihan (500mg sodium sehari) akan mengundang pelbagai penyakit seperti Darah Tinggi. Selain itu, garam juga boleh melemahkan kulit kerana ia akan menyerang kolagen. 

GULA

tips, Info Sihat, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,

Gula boleh menambahkan laluan insulin yang memberi kesan kepada salur darah seterusnya mempercepatkan proses penuaan. Pengambilan gula tanpa kawalan juga menyebabkan penyakit berbahaya seperti kencing manis dan boleh menyebabkan kegemukan atau obesiti.

MAKANAN PEDAS

tips, Info Sihat, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,

Tidak dinafikan pemakanan pedas dan berempah dikatakan baik untuk meningkatkan metabolisme tubuh namun ia memberi kesan negatif kepada kulit. Makanan pedas boleh mengembangkan salur darah terutama bagi yang mengalami menopaus. Kapilari ini menyebabkan kulit kelihatan kusam, lesu dan tua.

KOPI

tips, Info Sihat, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan,

Pengambilan kopi dikatakan dapat memberi kesegaran pada mata dan menjadi terapi untuk sesetengah prang. Tetapi faktanya, pengambilan kopi yang keterlaluan akan menyebabkan gigi menjadi kuning. Selain itu, kopi juga mengerinhkan tubuh. Akibatnya kulit mudah menjadi kering dan penuaan belaku dengan cepat. Kedutan mudah kelihatan dibahagian mata dan tepi bibir.

Oleh itu elakkan makanan dan minuman diatas. Semuga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign