Salam Semua!
Untuk artikel kali ini, saya ingin kongsikan 10 kebaikan Mealshakes buat anak-anak kita.
Tapi sebelum itu, tahukah anda apakah Mealshakes? Mealshakes ialah multivitamin yang sesuai untuk seisi keluarga dari kanak-kanak hingga golongan dewasa.
Ianya multivitamin makanan tambahan berbentuk serbuk dan mudah dibancuh. Jadi sesiapa yang tidak boleh makan suplemen berbentuk tablet atau pil, sangat sesuailah mengambil Mealshakes.

Jom kita ketahui 10 kebaikan Mealshakes ini.

KARBOHIDRAT
Anak-anak mempunyai banyak aktiviti seharian seperti bersekolah pagi dan petang, sukan, aktiviti luar bilik darjah dan pelbagai lagi aktiviti. Oleh itu mereka memerlukan nutrisi yang lengkap untuk kekal cergas bertenaga.
Jadi, jika anda melihat anak anda selalu keletihan, itu maknanya badan mereka kekurangan nutrisi. MEALSHAKES mengandungi Karbohidrat dengan Glisemik Indeks Rendah untuk mengekalkan tenaga anak-anak kita sepanjang hari.

PROTEIN
MEALSHAKES menyediakan hidangan lengkap dengan 9 asid amino yang penting untuk pertumbuhan dan membaiki tisu badan. Jika anak-anak anda cukup keperluan protein, mereka dapat membesar dengan lebih sihat dan tisu-tisu badan yang rosak dapat pulih dengan lebih cepat.

VITAMIN A, C, E
MEALSHAKES mengandungi Vitamin A,C,E sebagai Antioksidan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan. Anak-anak yang cukup nutrient biasanya kulitnya tidak mudah sensitif dan lebih halus. Sel-sel baru pada badan juga dapat tumbuh dengan lebih baik.

SERAT
Kebanyakan kanak-kanak susah untuk meminum air masak. Jadi, jika badan tidak cukup air, maka mudahlah mendapat sembelit dan menyebabkan susah untuk membuang air besar. Kadang ada sampai nangis-nangis dan fobia nak ke tandas. Dengan tambahan serat dalam MEALSHAKES, InsyaAllah ia sangat membantu penghadaman dan masalah sembelit dapat diatasi.

VITAMIN B
Untuk jadi pelajar cemerlang, anak-anak kita mestilah sentiasa FOKUS semasa belajar dalam kelas. Dengan vitamin B, ia memudahkan anak-anak kita FOKUS dan beri PERHATIAN dalam kelas. Ia juga memelihara kesihatan sistem saraf.

SODIUM DAN MAGNESIUM
Anak-anak yang aktif biasanya akan banyak berpeluh. Jadi Sodium & Magnesium akan membantu keseimbangan cecair dalam badan dan mengurangkan rasa letih.

VITAMIN C
Kanak-kanak yang kerap demam dan selsema biasanya disebabkan oleh sistem immunisasi yang lemah. MEALSHAKES mengandungi Vitamin C yang sangat penting untuk kesihatan gusi, gigi, kulit dan menentang infeksi kuman.

VITAMIN A
Vitamin A adalah untuk menjaga kesihatan mata dan mengelakkan anak-anak cepat rabun. MEALSHAKES mengandungi Vitamin A untuk memelihara kesihatan mata anak-anak anda.

KALSIUM dan VITAMIN D
Anak-anak yang sedang membesar perlukan kalsium untuk kesihatan dan perkembangan tulang yang kuat. MEALSHAKES mempunyai Kalsium dan Vitamin D untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum.

IRON dan B12
Jika anak-anak anda kelihatan selalu letih dan pucat, jaga-jaga ya. Mungkin mereka kekurangan sel darah merah yang boleh menyebabkan anemia. MEALSHAKES mengandungi Iron dan B12 yang penting untuk pembinaan sel-sel darah merah dalam badan.
So, sekarang anda sudah mengetahui 10 kebaikan Mealshakes ini. Jadi tunggu apa lagi, dapatkanlah Mealshakes ini samada untuk anak-anak anda ataupun untuk diri anda sendiri.
Jom cuba Mealshakes hari ini. Hubungi saya untuk dapatkan Mealshakes.
No comments:
Post a Comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.