21 January 2015

Belum Terlambat Untuk BerSHAKLEE


Assalamulaikum sahabat-sahabat semua. Semuga anda diberikan kesihatan dan keceriaan selalu. Insya-allah.

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi tentang pentingnya suplemen untuk kesihatan.

Ahli Shaklee, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,


Kenapa suplemen penting?


Badan yang sihat bermula dengan nutrien yang seimbang. Untuk memulakan gaya hidup yang sihat, pemakanan yang seimbang merupakan salah satu aspek terpenting dalam kehidupan seharian kerana kita perlu makan untuk hidup. Tetapi sebenarnya kita sendiri tidak pasti dengan cara hidup ketika ini yang tidak sihat disebabkan pemakanan, pencemaran, tekanan hidup serta kurangnya aktiviti sihat seperti bersenam dan rekreasi.

Jika ketika dulu, mereka tidak memerlukan suplemen sebab aktiviti harian seperti bertani membuatkan badan mereka sentiasa aktif. Berbeza dengan cara hidup kita sekarang yang bekerja depan PC setiap hari, kalau keluar meeting pun ada kemudahan seperti kereta, LRT, bas dan sebagainya. Realiti sekarang kalau nak pergi kedai pun nak cari parking yang betul-betul depan kedai. Oleh itu kurangnya masa bersenam, bahan makanan yang tercemar, air bertoksik, dan ditambah lagi dengan pencemaran yang banyak unsur bebahaya menyebabkan kehadiran radikal bebas dalam badan kita.

Radikal bebas adalah sangat berbahaya kepada badan kita dan perlu adanya bantuan untuk mengeluarkannya sebelum ia merosakkan sel badan yang boleh menyebabkan kepada pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser, sakit jantung, osteoporosis, diabetes, parkinson yang berisiko untuk tubuh badan kita. Logiknya kita lihat sendiri semakin banyak penyakit degeneratif yang meningkat setiap tahun, dan semakin ramai yang berisiko untuk mendapat penyakit ni.

Puncanya? 

Salah satu sebab ialah tidak cukup nutrien yang seimbang dan diperlukan oleh badan, untuk menyingkirkan sel-sel radikal bebas yang hadir dalam badan kita, serta dapat menguatkan sistem imun badan untuk mencegah daripada dijangkiti pelbagai penyakit dan virus. Jika kita tak singkirkan radikal bebas daripada badan kita, sel-sel yang rosak akan menyebabkan kepada keadaan badan yang lebih teruk seterusnya boleh menyebabkan penyakit-penyakit degeneratif yang berbahaya seperti kanser, jantung, diabetes dan sebagainya.

Oleh itu kita perlukan menjaga kesihatan. Dimana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

Jadi, bagi anda yang belum lagi mengambil suplemen, jangan tunggu sampai sakit baru mencari suplemen. Mulalah dari sekarang! Beli suplemen ni sebenarnya sama seperti kita beli INSURAN. Masa tengah sihat, kita rasa tidak penting mengambil suplemen @ insuran. Sebaliknya jika kita jatuh sakit, baru kita rasa perlunya suplemen dan sanggup berbelanja sampai BERIBU ringgit untuk membeli suplemen @ insuran. 

Jadi, fikir-fikirkanlah demi kesihatan anda! Masih belum terlambat untuk anda mengambil suplemen. Jom mulakan harian anda dengan suplemen Shaklee!

Ahli Shaklee, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,

Hubungi saya untuk dapatkan suplemen Shaklee beserta konsultasi PERCUMA. Stok Tersedia!

Jom BerShaklee!


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign