14 January 2015

Bolehkah atau Selamatkah Makan Vitamin Yang Tamat Tarikh Luput?



Salam!

Beberapa hari lepas ada customer tanya saya, boleh tak makan vitamin yang sudah tamat tarikh luput? Boleh mudarat ke jika diambil juga. Adakah vitamin mempunyai kondisi yang sama seperti makanan setelah tamat tarikh luput? 

So untuk entri kali ini saya akan cuba menerangkan dan menjawab persoalan yang biasa diutarakan oleh customer berkaitan vitamin tamat tarikh luput. 

Jika vitamin anda sudah tamat tarikh luput jadi anda tahu apa yang perlu anda buat.

Produk SHAKLEE, Pengedar Shaklee Kuantan, Info,


Apakah itu Vitamin Tamat Tarikh Luput?

Vitamin yang sudah melepasi tarikh luput seperti yang tertera pada botol. Vitamin tamat tempoh secara tepatnya vitamin itu kehilangan potensi dan keberkesanan selepas tempoh masa yang panjang. Banyak faktor yang menentukan jangka hayat vitamin itu seperti haba, kelembapan dan pembungkusan. Vitamin berbentuk tablet kehilangan potensi lebih cepat daripada vitamin yang bersalut kapsul.

"Expected Expiry Date" yang tertera pada botol vitamin itu hanyalah jangkaan tarikh maksimum tamat tempoh dan ianya bergantung kepada cara penyimpanan sesuatu vitamin itu.


Adakah selamat untuk makan vitamin tamat tempoh? 

Jawapannya cukup mudah! Mestinya SELAMAT.

Mengikut laporan dari Harvard Medical School, tidak berbahaya jika mengambil sesuatu vitamin yang telah tamat tarikh luput. Namun begitu mungkin keberkesanannya berbeza serta berkurangan dari vitamin yang baru dibeli.

Untuk makluman dari FDA (USA Food and Drug Administration) tidak meletakkan syarat kepada makanan tambahan untuk mempunyai tarikh luput, tetapi syarikat-syarikat vitamin yang paling terkenal seperti Shaklee akan cuba untuk menentukan bila makanan tambahan itu akan kehilangan keberkesanannya.

Secara umumnya, tarikh luput menunjukkan tarikh akhir tahap tertinggi vitamin tersebut memberikan kesan maksimum. Kita ambil vitamin untuk mendapatkan beberapa manfaat kesihatan pada badan kita. Tapi kalau makan vitamin yang sudah separa berkesan, ianya merugikan juga. Yang terbaik adalah buang dan beli baru.


Adakah terdapat kesan buruk kalau makan vitamin tamat tempoh?

Seperti yang diberitahu, ianya selamat untuk dimakan. Bermakna vitamin tersebut tidak akan bertukar menjadi racun atau toksik yang membahayakan kesihatan seperti mana kita makan makanan yang tamat tempoh. Tetapi seperti yang dinyatakan, vitamin akan kehilangan potensi mereka. Tiada sebarang kes yang telah didokumenkan penyakit atau kematian dari vitamin tamat tempoh, tetapi seeloknya hindarkan makan vitamin yang telah berubah bau dan warna.


Bagaimana cara melanjutkan tempoh vitamin?

Menurut laporan dari Purdue University News Service, dapur bukanlah tempat terbaik untuk menyimpan vitamin. Kawasan ini boleh menjadi kawasan yang terlalu panas. Simpan vitamin yang anda ambil setiap hari dalam peti sejuk juga bukan idea yang baik kerana aktiviti membuka dan menutup penutup membolehkan pemeluwapan terbentuk dalam botol. Sebenarnya cara terbaik adalah simpan di ruang simpanan yang gelap, seperti almari di mana anda menyimpan linen, tuala dan pakaian.

sumber rujukan : healthyeatingjigsawhealthlivestrong

Jadi dari kesimpulan diatas, untuk mengelakan vitamin tamat tarikh luput, jangan selalu "skip" makan vitamin dan makan vitamin secara konsisten seperti yang disarankan oleh pengedar anda. 

Semuga entri ini menjadi panduan buat kita semua. 

Berminat untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya di salah satu medium dibawah.

*Stok Tersedia!


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign