25 February 2015

Bukan Perkhidmatan 'Touch N Go'



Salam!

Tentu para pembaca pelikkan kenapa saya menulis artikel "Bukan Perkhidmatan Touch N Go". Apa kena mengena dengan anda dan produk Shakleekan?

Sebenarnya sebagai seorang Pengedar Sah Shaklee (SID) sepatutnya bertanggung jawab menerangkan kepada pelanggan secara terperinci penggunaan sesuatu produk dan sentiasa berhubung dengan pelanggan untuk mendapatkan maklum balas selepas menggunakan produk. Itulah yang saya maksudkan iaitu memberikan perkhidmatan selepas pembelian, bukannya perkhidmatan 'Touch N Go' iaitu beli dan biarkan pelanggan begitu saja dan SID hanya memikirkan keuntungan.

SID juga boleh mencadangkan set atau produk yang bersesuaian dengan pelanggan dan memberikan tips-tips yang sesuai kepada pelanggan.

Sebagai SID selain menjual produk, boleh berkongsi manfaat lain antaranya :

- berkongsi pengetahuan dan kebaikan produk 

- memberikan keyakinan kepada pelanggan semasa proses konsultasi

- berkongsi pengalaman penggunaan produk kepada pelanggan 

- menjalin dan membina ukhwah dengan pelanggan

- urus niaga yang berterusan dari pelanggan

Sebagai seorang SID hendaklah sentiasa mencari dan mengali ilmu berkaitan produk (product knowledge) serta menghadiri seminar atau bengkel motivasi untuk mempertajam kemahiran dalam berurusan dengan pelanggan.

Untuk pengetahuan pengguna Shaklee, harga jualan produk Shaklee adalah mampu milik dan sangat berpatutan dengan kualitinya. Produk juga ada jaminan terbukti berkesan, selamat, sihat dan semulajadi beserta dengan ujian klinikal. Ianya bukan produk tepi jalan ataupun pasar malam ya! 

Ada juga beberapa SID yang lepas urusan pembelian, membiarkan pelanggan terkontang-kanting tanpa konsultasi cara pengambilan suplemen yang dibeli itu. Sudahnya, pelanggan makan supplemen dengan tatacara yang tidak betul, sehingga menimbulkan isu suplemen tidak berkesan, ada kesan sampingan, produk Shaklee tak bagus dan pelbagai lagi rungutan. Penggunaan produk tanpa bimbingan yang betul adalah sangat merugikan kerana boleh mengurangkan kesan kebaikan suplemen ataupun boleh juga memudaratkan kesihatan anda. 

Jadi anda sebagai PELANGGAN juga harus bertanya secukupnya dengan SID yang menjual tentang tatacara pengambilan supaya anda memahami keperluan suplemen kepada anda. Mungkin setiap SID mempunyai cara konsultasi yang berbeza namun pastikan anda hubungi atau dapatkan semula SID sekiranya anda ada permasalahan. Bagi mengelakkan SID yang hanya pandai menjual tetapi tidak tahu langsung apa kepentingan produk yang dicadangkan. 

Oleh itu, dapatkan produk Shaklee daripada SID yang berkualiti dan berilmu, bukannya SID yang jenis Touch N Go saja! 

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign