Berikut dikongsikan beberpa tips dan amalan yang perlu dilakukan semasa cuaca panas :
- Banyakkan minum air tanpa mengira tahap aktiviti kita
- Minum minuman isotonik kerana minuman ini boleh mengantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
- Lebihkan masa berada di dalam rumah atau bangunan
- Hadkan aktiviti luar anda. Jika perlu keluar, disarankan tidak keluar pada waktu cahasa matahari terik (pukul 11 pagi hingga 3 pm). Bagi ibubapa bayi baru lahir yang mengalami jaundis, jika mahu mendapatkan pancaran matahari untuk mengurangkan jaundis – disarankan untuk melakukannya sebelum pukul 10 pagi dan menyusukan bayi lebih banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
- Mandi atau buka kipas angin atau pendingin hawa untuk menyejukkan badan
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna terang dan longgar
- Sewajarnya pakai pakaian yang dibuat daripada 100% kain kapas
- Pakai topi atau payung untuk mengelak daripada pancaran haba terus ke badan kita.
- Pakai losyen pelindung suria (sun screen) yang melindungi kulit dari pancaran cahaya UVA dan UVB (seeloknya lebih dari SPF 30 ke atas)
- Kurangkan minum minuman yang berkafein, alkohol atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
- Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin udara. Jangan tinggalkan warga tua atau kanak-kanak didalam kenderaan bawah terik matahari walaupun sebentar.
- Jika mahu bersenam, disarankan untuk bersenam di kawasan redup atau dalam bangunan. Atlit yang bersukan dalam cuaca panas perlu memastikan mereka minum lebih daripada kebiasaan
- Bagi kaum ibu yang mempunyai bayi dan kanak-kanak kecil, disarankan memantau anak-anak supaya tidak bermain di bawah panas terik, tidak memakaikan pakaian berlapis-lapis atau membendung bayi dengan kain tebal.
No comments:
Post a Comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.