18 June 2015

Tips Minum 8 Gelas Air Di Bulan Puasa


Seperti yang kita tahu, 70% dari komponen badan kita terdiri daripada air. Ini menunjukkan betapa pentingnya air untuk melancarkan sistem tubuh badan kita agar sentiasa sihat dan cergas walaupun berpuasa. 

Di sini saya kongsikan dengan anda, tips mudah minum 8 gelas air di bulan puasa.

Tips, Info Sihat, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,

Tips minum 8 gelas air di bulan Ramadhan

1. Minum 1 gelas air selepas azan maghrib
2. Minum 1 gelas air selepas solat maghrib
3. Minum 1 gelas air selepas berbuka
4. Minum 1 gelas air selepas solat isyak
5. Minum 1 gelas air selepas solat tarawih
6. Minum 1 gelas air sebelum tidur
7. Minum 1 gelas air selepas bangun untuk bersahur
8. Minum 1 gelas air selepas bersahur

Mudahkan? Cukup 8 gelas air. Tapi jika anda mahu minum lebih pun boleh. 

Walaubagaimanapun setiap orang mempunyai keperluan air yang berbeza-beza. Secara amnya kita disarankan untuk meminum 6-8 gelas air sehari. Namun untuk lebih tepat anda boleh mengira sendiri keperluan anda dengan menggunakan formula ini;-

25kg berat badan = 1 liter air
1 gelas +- 250ml air
1 cawan +- 200ml air.

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign