17 November 2015

Katakan TIDAK Pada STRESS


Assalamualaikum & Salam Keceriaan buat Pengunjung Blog JSC.

Lama tidak membuka dan update blog ini hinggakan debu dan sawang hampir menutupi keseluruhan blog. Tapi tidak bermakna admin. telah meninggalkan dunia usahawan bersama Shaklee. Sebenarnya admin. lebih menumpukan kepada perkhidmatan offline Shaklee.

B-Complex, Blog Jom Sihat Ceria, FB Page, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Tips,

Untuk entri terbaru ini, admin. akan berkongsi tentang "Stress". Admin yakin ramai antara kita pernah mengalami masalah stress dalam kehidupan seharian . Ada 2 faktor menyebabkan stress iaitu pekerjaan dan pembelajaran.

Apa itu stress?
Stress adalah gangguan emosi, pemikiran dan fizikal seseorang.

Tapi bagaimana untuk menangani "stress"? 
Ada beberapa langkah untuk mengatasi stress, antaranya ;

1. Sentiasa berfikiran positif
2. Sentiasa mengingati Allah
3. Bersedia untuk berkongsi masalah
4. Sentiasa menerima kelebihan dan kekurangan diri
5. Sentiasa tersenyum
6. Berkawan dengan orang yang positif
7. Mengamalkan cara hidup sihat
8. Mengambil makanan kesihatan seperti suplemen

Tahukah anda? 
Pengambilan suplemen/vitamin juga dapat menangani stress. Suplemen boleh meningkatkan kualiti nutrisi permakanan dan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan tidur yang berkualiti.

Suplemen/Vitamin apa sesuai untuk stress?
B-complex @ Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah kita mendapat vitamin B yang mencukupi? 
Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. 

Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B-Complex, Blog Jom Sihat Ceria, FB Page, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Tips,


Vitamin B-Complex terdiri daripada lapan vitamin B yang penting dan beberapa bahan-bahan yang berkaitan. 8 vitamin adalah:

1.Vitamin B1 (thiamine)
2.Vitamin B2 (riboflavin)
3.Vitamin B3 (niasin)
4.Vitamin B5 (Pantothenic asid)
5.Vitamin B6 (pyridoxine)
6.Vitamin B7 (Biotin)
7.Vitamin B9 (asid folik)
8.Vitamin B12 (cyanocobalamin)


Bagaimana B-Complex Shaklee mengurangkan stress?

1.Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma


2.Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

3.Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi. 

4.Vitamin B5~Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

5.Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. 
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

6.Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

7.Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

8.Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya

#Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang 
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.

Vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga. Bahan-bahan choline dan inositol menawarkan kesan menenangkan yang boleh membantu menangani stress.

Kesimpulannya, B-Complex adalah cara semulajadi untuk menangani stress dan mengurangkan risiko mendapat pelbagai masalah kesihatan. 

Semuga perkongsian ini dapat membantu dan memberi manafaat untuk anda menangani masalah stress.

Jika berminat untuk dapatkan B-Complex, jangan segan-segan untuk hubungi saya di talian hotline 014-8243610. Konsultasi PERCUMA dan istimewa menanti anda.

Jumpa nanti di entri akan datang dengan perkongsian yang lain pula.

Bye!



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign