22 November 2015

Panduan Percutian Bersama Keluarga



Kongsi, Tips, Pengedar Shaklee Kuantan, Independent SHAKLEE Distributor, Blog Jom Sihat Ceria, FB Page, Cuti-Cuti,

Cuti persekolahan akhir tahun untuk anak-anak telah pun bermula. Inilah masa untuk anak-anak merehatkan minda sementara waktu setelah penat belajar, mengulangkaji pelajaran dan menghadapi peperiksaan. Pasti ketika cuti ini ibubapa inginkan sesuatu yang berfaedah bersama anak-anak.

Mungkin ada ibubapa yang telah merancang untuk pergi bercuti bersama-sama bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.


Kongsi, Tips, Pengedar Shaklee Kuantan, Independent SHAKLEE Distributor, Blog Jom Sihat Ceria, FB Page, Cuti-Cuti,

Jika anda merancang untuk pergi bercuti bersama keluarga , ada beberapa perkara tentang perjalanan, tempat percutian dan sebagainya. Berikut dikongsikan beberapa panduan ketika percutian.

1. Masak Sendiri
Selalu ketika musim percutian kebanyakan restoren atau kedai makan penuh. Jika masak sendiri makanan juga terjamin kebersihan dan dapat menjimatkan perbelanjaan.

2. Bekalan Makanan
Sediakan makanan dan minuman sepanjang perjalanan.

3. Bawakan Barang Kesukaan Anak-Anak
Supaya anak tidak merasa bosan sepanjang perjalanan.

4. Susunan Pakaian
Sedia dan susun pakaian mengikut keperluan apabila dikehendaki.

5. Tisu Basah & Lampin
Bagi yang ada bayi, pastikan ada tisu basah & lampin pakai buang untuk memudahkan ketika berhenti di kawasan rehat.

6. Sediakan Bekalan Ubat & Suplemen
Sediakan ubat-ubatan dan suplemen yang mencukupi.

7. Masa Perjalanan
Rancang masa perjalanan dengan baik agar perjalanan berjalan lancar.

8. Berkorban Untuk Keluarga
Lakukan perkara yang disukai keluarga ketika percutian.

9. Ikut Kemampuan
Rancang percutian mengikut kemampuan anda dari segi kewangan, kesihatan dan sebagainya.

10. Dokumen Penting
Pastikan dokumen-dokumen penting dalam satu beg untuk memudahkan dan melancarkan percutian anda.

11. Nikmati Bersama Keluarga
Manfaatkan dan lakukan aktiviti bersama keluarga.

Akhir sekali, selamat bercuti!

Blog Jom Sihat Ceria, Cuti-Cuti, FB Page, Independent SHAKLEE Distributor, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Tips,






No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign