29 December 2015

Baruku Tahu - Khasiat Buah Kulim

Assalamualaikum!

Siapa tahu buah apa dibawah ini?

Baruku Tahu - Khasiat Buah Kulim

Inilah Buah Kulim! 

Sebenarnya Admin. pun baru tahu dan kenal Buah Kulim ini ketika berkunjung ke pasar pagi rabu di Taman Pertanian Indera Mahkota.

Setelah diterangkan kegunaan Buah Kulim ini oleh pakcik yang menjual, Admin. telah memberi 4 biji Buah Kulim dengan harga RM 10.

Cara-caranya :
  • pecahkan sebiji Buah Kulim
  • kemudian rebus Buah Kulim dengan 1500 ml air  
  • bila mendidih, biarkan sejuk
  • simpan didalam peti sejuk 
  • boleh diminum bila-bila masa
*rasa dan bau air rebusan buah kulim ini seperti bau bawang putih 
*buah kulim yang direbus tadi boleh digunakan beberapa kali sehingga air rebusan itu tidak ada rasa dan bau lagi


Buah Kulim ini adalah sejenis buah yang paling jarang ditemui. Ia hanya terdapat di dalam hutan dan dipercayai ia mula-mula dijumpai di Kulim, Kedah. Jadi, sempena dengan penemuan itulah, buah ini disebut sebagai buah kulim.

Apa khasiat Buah Kulim?

Antara khasiat Buah Kulim ini adalah merawat dan mengurangkan beberapa penyakit seperti :-
  • demam
  • mencuci buah pinggang
  • masalah jantung
  • darah tinggi
  • kencing manis
  • gout
  • buasir
Semuga perkongsian tentang Buah Kulim ini dapat memberi manfaat kepada semua dan anda boleh menikmati khasiat buah-buah herba yang baik untuk kesihatan.

Selamat mencuba!

Oppssssssss!!!!!

Tunggu perkongsian tentang daun-daun dan buah-buah herba di artikel seterusnya. 


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign