28 December 2015

Rahsia Daun Semambu

Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Info,

Salam Semua!

Entri hari ini saya nak kongsikan rahsia daun semambu.  Tetapi sebelum itu saya ada pertanyaan - Siapa antara pembaca yang biasa menggunakan daun semambu ni? Bagi yang pernah menggunakan daun semambu tentu anda tahu khasiatnya kan.

Bagi yang belum tahu khasiat daun semambu, mari saya kongsikan.

Pokok semambu atau nama saintifiknya Azadirachta banyak tumbuh di kawasan beriklim tropika dan sub-tropika. Terkenal dengan khasiat perubatan, ia dikatakan boleh merawat 40 jenis penyakit. Pokok semambu yang berdaun hijau lebat dan mempunyai bunga putih di hujung ranting. Ia boleh mencapai ketinggian 15 meter dengan ukuran lilit 3 meter.

Antara Khasiat Untuk Perubatan Daun Semambu ;
  • Daun, buah, bunga dan kulit pokok digunakan untuk perubatan.
  • Daun semambu dan halia untuk ubat cacing/vermifuge (anthelmintic)
  • Antikulat (antifungal)
  • Ubat kencing manis (antidiabetic)
  • Antivirus (antiviral)
  • Anti kesuburan/membunuh mani (anti-fertility)
  • Ubat tahan sakit (sedative)
  • Digunakan di dalam perubatan 'Ayurvedic' untuk penyakit kulit.
  • Ubat jerawat (acne treatment)
  • Pesakit cacar atau campak (smallpox/measles) tidur di atas daun semambu
  • Turunkan suhu badan (febrifuge/antipyretics). Di India akar pokok ini digunakan untuk ubati demam panas. 
  • Ubat sakit 'scabies'
  • Astrigent
  • Daun untuk ubati kudis
  • Mengikut dos yang betul daun semambu diberi kepada haiwan ternakan untuk ketahanan melawan penyakit (increase immunity).
Untuk apa saya gunakan daun semambu?

Untuk pengetahuan pembaca semua, saya gunakan daun semambu untuk hilangkan masalah gatal-gatal kulit anak saya.  Saya akan rebuskan daun semambu dan mandikan anak saya.

Selain digunakan untuk mandi, daun semambu boleh juga dijadikan alas lapik tidur bagi mengurangkan gatal-gatal.

Alhamdulillah, masalah gatal-gatal anak saya berkurangan.

Semuga artikel ini membantu dan memberi manfaat kepada anda. Insya-allah saya akan berkongsi lagi khasiat daun-daun herba di entri akan datang.

Salam Sayang dan keceriaan dari saya!







No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign