12 January 2016

Bagaimana Cara Melatih Anak-Anak Untuk Solat


Assalamualaikum Semua. 

Apa khabar? Semuga anda semua berada dalam keceriaan dan keredhaanNya selalu. Insya-allah. 

Minggu ini masuk minggu ke 2 sesi persekolahan 2016 dan semalam adalah hari pertama anak bongsuku melangkah ke sekolah tahfiz dan tinggal berjauhan dariku demi mengejar impiannya untuk menghafaz al-quran.

Sekejap saja masa berlalu, dulu masa anak-anak masih kecil sentiasa berada didepan mata tapi kini bila sudah besar masing-masing tinggal di asrama.

Bila bersendirian ni, teringat pula masa mereka kecil-kecil dulu, bagaimana mula-mula saya melatih mereka untuk bersolat.

Agama, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Tips,

Jadi, dibawah ini saya kongsikan beberapa tips bagaimana melatih anak-anak untuk solat sebagai panduan bagi ibu-ibu muda melatih anak-anak mereka.

  • Biasakan dengar laungan azan - kebiasaanya bila berkumandang azan di TV, saya akan membiarkan mereka mendengar laungan azan sehingga habis;
  • Doa selepas azan - Ajarkan anak-anak mendengar doa selepas azan kerana kanak-kanak mudah untuk mengingati apa yang diajar atau yang didengarinya;
  • Ajar berwuduk - menampal gambar-gambar cara berwuduk serta mengajar anak cara-cara mengambil wuduk yang sempurna;
  • Melatih anak solat sedari kecil - Siapa kata anak-anak kecil tidak boleh diajak solat bersama. Kita boleh mula mengajak anak-anak bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya. Ia boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah. Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan pastikan mereka akan bersedia untuk solat bersama. Jika dia sudah semakin besar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat. Insya-allah, anak-anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan ketika kita bersolat;
  • Dengarkan bacaan dalam solat - bersolat dengan anak-anak dan kuatkan sedikit bacaan agar anak dapat mendengar dan mengikutinya;
  • Solat berjemaah - Biasakan anak-anak solat berjemaah samada di rumah mahupun di masjid;
  • membawa anak ke masjid - biasakan anak dibawa ke masjid untuk bersolat seperti solat 5 waktu, solat Jumaat, solat Terawih, solat Raya dan sebagainya. Anak-anak saya selalunya En. suami akan membawa mereka ke masjid untuk bersolat;
  • Sediakan kelengkapan solat - hadiahkan anak-anak seperti kopiah, baju melayu, kain pelikat, telekung atau sejadah agar anak-anak lebih berminat untuk bersolat;
  • Jangan paksa anak - Jangan paksa anak untuk jadi cepat pandai dalam sekelip mata. Perlu banyak bersabar. Nabi beri tempoh yang cukup dari umur 7 tahun ke 10 tahun untuk belajar dan mahir. Jadi, 3-4 tahun adalah satu tempoh yang cukup untuk pengisian latihan dan didikan yang berpanjangan;
  • Ajarkan wirid dan berdoa - bacakan wirid dan doa agar anak mendengar dengan jelas serta selitkan doa untuk anak supaya rajin bersolat;
  • Bersalaman selepas solat - bersalaman selepas solat diiringi dengan ciuman agar lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan;
  • Berikan pujian - puji anak selepas selesai solat kerana mereka bersolat dengan betul dan baik.

Agama, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Tips,

Semuga perkongsian tips diatas dapat memberi manfaat untuk anda bagaimana melatih anak-anak untuk solat. Insya-allah.   


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign