11 January 2016

Bolehkah Menyusukan Bayi Jika "Inverted Nipple" (Puting Tenggelam) ?



Salam sayang buat bakal-bakal ibu semua!


Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Set 3M, Set Bajet, Set Eu-Four Pack, Set Penyusuan, Testimoni, Produk SHAKLEE, Tips,


Hari ini saya akan kongsikan lagi entri tentang dunia Penyusuan Susu Badan yang berkaitan dengan "Inverted Nipple" (Puting Tenggelam).

Adakah anda salah seorang yang mempunyai masalah "Inverted Nipple" (Puting Tenggelam? Jangan risau atau susah hati kerana mungkin anda beranggapan masalah "Inverted Nipple" (Puting Tenggelam) adalah penghalang bagi anda untuk menyusukan bayi anda dengan susu ibu.

Image dibawah adalah jenis-jenis puting. 



Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Set 3M, Set Bajet, Set Eu-Four Pack, Set Penyusuan, Testimoni, Produk SHAKLEE, Tips,


Apa pun keadaan puting anda, yakinlah wahai bakal-bakal ibu semua, anda mampu menyusukan bayi anda dengan susu ibu. 

Berikut dikongsi beberapa tips untuk anda yang mengalami masalah "Inverted Nipple" (Puting Tenggelam) dan Flat Nipple.


Tips Penyusuan Susu Ibu bagi yang Mempunyai Masalah Inverted Nipple dan Flat Nipple


  • Yakin bahawa anda mampu menyusukan bayi dengan susu ibu sejak anda mengandung lagi.
  • Sebaik sahaja bersalin, susukan bayi anda dengan susu ibu secara terus dengan cepat. Jangan gunakan puting tiruan atau botol susu.
  • Pastikan mulut bayi anda melekap pada areola payudara dan bukan pada puting sahaja yang menyebabkan puting luka dan melecet. 
  • Jika bayi anda masih tidak mahu menyusu secara terus, pam keluar puting anda menggunakan pam susu dan cepat-cepat suakan payudara pada bayi anda.
  • Tabah dan pujuklah bayi anda dengan lembut jika bayi anda mengamuk supaya bayi anda ingin menyusu dengan susu ibu dan jangan cepat mengalah.
  • Pastikan anda minum air secukupnya dan makan makanan yang berzat serta mengambil suplemen menyusu bagi memastikan susu yang dihasilkan banyak dan berkualiti!

Insya-allah selepas beberapa ketika menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu, maka inverted nipple atau flat nipple ini dapat diatasi, malah akan menjadi normal dan penyusuan susu ibu akan bertambah mudah.

Selamat mencuba tips diatas dan semuga entri ini memberi manfaat buat anda semua.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign