Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google
Assalamualaikum Semua
Pernah tak anda mendengar tentang HomeSchooling?
Di luar negara seperti di United Kingdom, Kanada, dan Amerika Syarikat, bersekolah di rumah (homeschool) bukanlah sesuatu yang asing.
Di luar negara seperti di United Kingdom, Kanada, dan Amerika Syarikat, bersekolah di rumah (homeschool) bukanlah sesuatu yang asing.
Jadi, untuk entri kali ini saya akan kongsikan tentang HomeSchooling.
Apa yang dimaksudkan dengan "HomeSchooling"?
Home Schooling merupakan satu kaedah persekolahan di rumah yang diberikan kepada ibu bapa yang memerlukannya seperti mempunyai masalah kesihatan kronik dan memerlukan jagaan rapi oleh pihak penjaga. Namun demikian ianya hanyalah satu keistemewaan dan bukannya hak.
Namun begitu, persekolahan biasa adalah diutamakan kepada kanak-kanak kerana ianya merupakan satu cara untuk kanak-kanak dapat berinteraksi di antara satu sama lain.
Tujuan HomeSchooling
2.1 Memberi peluang kepada kanak-kanak yang menhadapi masalah kesihatan yang kronik dan memerlukam penjagaan yang rapi oleh ibu bapa untuk mendapat pendidikan formal di rumah.
2.2 Memastikan tidak berlaku keciciran kepada kanak-kanak untuk memperolehi pendidikan wajib seperti dalam Akta Pendidikan 1996.
2.3 Mendidik ibu bapa supaya menjalankan tanggungjawab mereka untuk menyekolahkan anak.
Antara Kebaikan HomeSchooling
1. Memberi kecenderungan kepada anak-anak untuk bebas berfikir
2. Tidak membosankan dan tiada tekanan
3. Anak-anak belajar untuk ILMU bukan untuk target sesuatu Gred
4. Belajar dalam kumpulan yang kecil
5. Suasana persekitaran yang selamat
6. Hubungan kekeluargaan menjadi lebih rapat dan erat
7. Mempratikkan pendidikan agama dengan mudah, menyeluruh dan berterusan
8. Memberi anak-anak lebih kebebasan dan kreativiti dalam sesuatu pembelajaran
9. Tidak terikat dengan jadual, cuti persekolahan, peperiksaan
Antara Kekurangan HomeSchooling
1. Anak-anak kurang berinteraksi atau bergaul dengan rakan sebaya
2. Tidak ada persaingan antara satu sama lain
3. Persekitaran pembelajaran dan tiada jadual atau masa belajar yang khusus
Kesimpulan
Tapi, dari sudut lain pula, persekolahan biasa boleh memberikan bahan ajar dan kurikulum secara standard, sesuai dengan harapan dan keperluan anak-anak.
Baik homeschooling maupun sekolah biasa (pendidikan formal), kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam mendidik anak-anak untuk mendapat pembelajaran yang sempurna.
Soal pemilihan pembelajaran terserah kepada ibubapa untuk membuat pilihan tetapi sanggupkah anda sebagai ibubapa menjadi guru di rumah?
No comments:
Post a comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.