29 January 2016

Masalah Psoriasis dan Rawatannya

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum,

Jika pada kulit anda ada bintik-bintik merah dan kemudian merebak ke hampir seluruh tubuh, ia adalah penyakit Psoriasis. Tambahan pula bintik merah tersebut semakin melebar dan ditumbuhi sisik putih keperak-perakan dan tebal.

Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan tentang penyakit Psoriasis dan bagaimana suplemen Shaklee boleh membantu.

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Testimoni, GLA Complex, Vita-E, B-Complex, Nutriferon, Omega Guard, Vivix,


Apa itu Psoriasis?

Merupakan keadaan kulit yang tidak normal yang mana kulit penghidap penyakit kulit psoriasis menebal dengan lebih cepat daripada kulit yang normal. 


Kawasan yang mana biasa dihidapi oleh penyakit psoriasis adalah pada kulit kepala, lutut dan siku. Walaubagaimanapun psoriasis boleh juga menjangkiti di bahagian badan lain termasuklah kuku dan tulang.


Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. 

Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.


Tanda-tanda penyakit kulit psoriasis

Tanda penyakit kulit ini adalah berlainan pada setiap orang dan termasuklah :
- Keguguran sisik pada kulit
- Tompok-tompok merah di kulit kepala, siku, lutut dan pada bahagian-bahagian lain badan.
- Rasa gatal tetapi di tahap yang berbeza-beza


Penyebab penyakit kulit psoriasis

Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:

- Infeksi

- Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
- Tekanan
- Kecederaan pada kulit
- Cuaca
- Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi keadaan psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan. 

Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.


Jenis-jenis penyakit psoriasis

– Paling biasa adalah penyakit psoriasis yang bertompok
– Pada kanak-kanak kebiasanya terdapat guttate psoriasis.
– Jenis penyakit kulit psoriasis teruk yang memerlukan rawatan hospital adalah dipanggil erythrodermic psoriasis
– Lampin psoriasis
– Pustular psoriasis merupakan bentuk penyakit psoriasis yang berkeadaan sangat teruk yang mana boleh menimbulkan kesakitan
– Guttate psoriasis
– Plaque psoriasis (bertompok dan timbul)


Antara langkah-langkah penjagaan psoriasis

1) Kena menjaga pemakanan.

Elakkan daripada makan makanan yang boleh menyebabkan kegatalan boleh berlaku pada anda seperti Makanan Laut. 

2) Digalakan sukan tetapi biar bersih.

Pesakit digalakan bersukan bagi mengurangkan tekanan dan menyihatkan badan tetapi jangan biarkan peluh menjadi punca kepada kegatalan dan ruam. 

3) Berjemur waktu pagi

Mendapatkan cahaya matahari yang cukup pada waktu pagi sangat-sangat membantu pesakit mendapatkan vitamin dari cahaya matahari (baik untuk kulit). 

4) Ruang pengudaraan untuk kulit


Bagi ruang pengudaraan yang baik bagi kulit bagi mengelakan peluh yang terperap dan menyukarkan mendapat cahaya kena pada kulit. 


5) Pakai pelembab atau krim
Bagi mengekalkan kelembapan kulit, disarankan untuk menggunakan krim pelembab atau krim berasaskan coal tar (arang) atau kortison yang disarankan oleh doktor. 

6) Bebaskan diri anda dari TEKANAN.

Stress dan tekanan adalah salah satu pemangkin atau penggalak kepada berlakunya psoriasis. 


Bagaimana Shaklee membantu pesakit psoriasis?

1. GLA Complex - mengandungi minyak borage dari biji bunga matahari, vitamin e dan blackcurrant menjadikan kandungan GLA yang tinggi dalam tiap kapsul dan kaya dengan omega 6 yang yang membantu pembinaan prostaglandin yang menghasilkan hormon yang stabil. GLA turut membantu melegakan keradangan dan kegatalan pada kulit yang merupakan simptom-simptom biasa pesakit psoriasis.


2. Vita-E Complex - mengandungi selenium dan minyak biji anggur adalah satu vitamin yang sangat bernilai dan istimewa kerana antioksidan yang kuat bagi mencegah dan melawan radikal bebas yg merosakkan sel. 

3. B-Complex - penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan. Salah satu sebab psoriasis menjadi merebak adalah disebabkan oleh stress, oleh itu B-Complex adalah salah satu kombinasi yang baik untuk mengawal psoriasis.

4. Nutriferon - interferon semulajadi terbaik

5. Omega Guard - minyak ikan omega 3 yang 99.99% tulen. Omega 3 meningkatkan imunisasi badan dan merupakan terapi kepada penyakit autoimun termasuklah SLE, psoriasis dan lain-lain penyakit autoimun.

6. Vivix - minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix membantu pesakit psoriasis dengan cara merawat DNA yang telah rosak akibat radikal bebas dan membetulkan gen-gen yang rosak. Ini berdasarkan kepada salah satu punca psoriasis iaitu genetik.


Testimoni

Berikut saya kongsikan beberapa testimoni penyakit psoriasis yang mengamalkan suplemen Shaklee.

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Testimoni, GLA Complex, Vita-E, B-Complex, Nutriferon, Omega Guard, Vivix,

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Testimoni, GLA Complex, Vita-E, B-Complex, Nutriferon, Omega Guard, Vivix,

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Testimoni, GLA Complex, Vita-E, B-Complex, Nutriferon, Omega Guard, Vivix,

Alhamdulillah, seronok bila tengok testimoni di atas, ada perubahan. Jadi, bagi anda atau keluarga yang mengalami Psoriasis, apa kata cuba produk Shaklee sebagai alternatif kerana ianya selamat, semulajadi dan berkesan.

Berminat untuk mencuba? Hubungi saya untuk pertanyaan dan pembelian. Konsultasi PERCUMA untuk pelanggan kami.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign