16 January 2016

Semakin Berumur Berat Semakin Bertambah




Assalamualaikum Semua!




Tips, Kongsi, Info Sihat, Info, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan,




Ramai yang merungut berat badan badan mereka semakin hari semakin meningkat. 

Tapi.....


Tahukah anda? 

Bila usia meningkat, metabolisma makin perlahan, lemak makin susah untuk hilang dan anda mudah mengalami masalah berat badan.


Kenapa terjadi begitu?

Apabila mempunyai berat badan yang berlebihan, faktor yang selalu dikaitkan adalah pengambilan kalori, gula dan lemak yang banyak serta anda tidak melakukan aktiviti senaman yang secukupnya. Tetapi itu bukan sahaja faktor yang menyebabkan berat badan anda naik. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan berat badan anda bertambah tanpa anda sangkakan. Namum begitu ramai yang beranggapan pilihan gaya hidup yang menyebabkan kenaikan berat badan anda tetapi sebenarnya badan anda bertindak balas kepada banyak faktor anda tidak dapat kawal.


Apa Yang Menyebab Berat Badan Meningkat

1. Stress - Apabila kehidupan seharian menjadi semakin sibuk dengan cabaran, badan anda akan mengeluarkan kortisol dan insulin yang akan menyebabkan selera makan anda bertambah dan akan lebih tertarik untuk memakan makanan yang tinggi kalori, gula dan lemak.

2. Penghadaman - Masalah penghadaman yang tidak teratur juga akan menyebabkan anda mengalami kenaikan berat badan

3. Kurang Tidur - Apabila tubuh badan anda tidak mendapat rehat yang secukupnya, ia menggalakkan anda untuk mencari makanan walaupun ditengah malam. Oleh itu, pastikan anda tidur dengan cukup untuk mendapatkan berat yang ideal.

4. Sel Lemak - Menurut Pakar "Sesetengah daripada anda mempunyai 2 kali lebih banyak sel-sel lemak berbanding yang lain. Penambahan atau penurunan berat badan tidak akan memberi kesan kepada jumlah sel-sel lemak anda. Ini kerana sel-sel lemak terbentuk didalam tubuh badan anda sejak anda didalam kandungan ibu anda lagi. Ini merupakan salah satu faktor yang anda tidak dapat kawal untuk kurangkan berat badan.

5. Berhenti Merokok (Bagi Lelaki) - berhenti menghisap rokok akan mengalami penambahan berat badan kira-kira 4kg sehingga 5kg. Ini kerana, badan anda tanpa pengambilan nakotin, akan menyebabkan selera badan anda meningkat dan boleh menyebabkan anda terlebih makan. Selain itu, tubuh badan anda yang sebelum ini biasa dengan pengambilan nikotin, akan mengalami tahap metabolisme yang semakin berkurang berbanding sebelum ini.

6. Kehamilan Di Usia Tua (Bagi Wanita) - Kehamilahn di usia tua juga boleh menyebabkan peningkatan berat badan.


Langkah-Langkah Atasi Kegemukan

Sekarang anda sudah mengetahui 6 penyebab kepada peningkatkan berat badan ketika usia bertambah. Jadi, anda perlulah mengambil langkah-langkah penjagaan. Antaranya : 

1. Pilih makanan seimbang

2. Bersenam

3. Rehat yang Cukup

4. Pengambilan suplemen


Jika anda ingin mendapat suplemen yang selamat, semulajadi dan berkesan, hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA dan cadangkan suplemen yang sesuai untuk anda. 


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign