29 February 2016

Amalkan Suplemen Boleh Rosakkan Buah Pinggang?

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google


Assalamualaikum,


Sering kali sebelum membeli sesuatu suplemen, pelanggan akan bertanya "Betul ke kalau amalkan suplemen dalam masa yang lama, boleh rosakkan buah pinggang?" 


Jadi untuk menjawab soalan diatas, kita perlu ketahui tentang buah pinggang dan bagaimana ianya berfungsi.

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Info Sihat, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,

Buah pinggang terbentuk seperti kacang merah dibelah dua dan berada di bahagian bawah pusat ke arah belakang badan. Jika ia baik, maka baiklah seluruh badan dan jika ia rosak maka rosaklah seluruh badan.

Buah pinggang melakukan proses utama untuk mengekalkan keseimbangan kimia dalam cecair tubuh kita (proses keseimbangan ini dipanggil homeostasis). Ia juga membersihkan sel kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh. Proses ini memastikan tubuh kita hanya mengandungi campuran garam galian dan air yang cukup serta  mengekalkan tahap asid-alkali di dalam cecair tubuh.

Buah pinggang juga sebagai penapis yang berfungsi menyerap bahan yang diperlukan oleh tubuh dan menyingkirkan bahan yang tidak berguna.


Bagaimana pula buah pinggang bekerja? 


Arteri renal: membawa darah dari jantung ke buah pinggang
Tiub ureter: mengalirkan darah daripada setiap buah pinggang ke pundi-pundi (glomeruli)
Glomeruli: menapis cecair yang mengandungi glukos, asid amino, garam, dan bahan kotoran daripada darah

Buah pinggang berupaya melakukan proses ini kerana darah daripada arteri renal memasuki buah pinggang dengan tekanan yang kuat. Tekanan ini memaksa cecair tadi ke medulla melalui beberapa tiub kecil. Tiub ini dikelilingi saluran darah yang meresapkan zat dan air yang diperlukan tubuh.

Darah yang ditapis tadi kemudian keluar daripada buah pinggang melalui saluran renal dan membuat pusingan semula. Cecair yang ditapis ini mengandungi bahan kotoran yang terkumpul di dalam pundi-pundi kencing.

Air kencing keluar daripada tubuh melalui satu lagi saluran yang dinamakan urethra. Kesemua sistem daripada buah pinggang ke urethra dipanggil sistem buah pinggang.

Selain membersihkan darah, buah pinggang mengawal kandungan air dan garam yang terdapat di dalamnya. Contohnya jika kita minum banyak air dengan cepat, air terus memasuki saluran darah dan mempunyai kesan mencairkan darah. Apabila darah yang cair ini memasuki buah pinggang, air yang berlebihan akan dikeluarkan secara automatik sebagai air kencing.

Sama juga jika kita banyak berpeluh, tubuh kekurangan air dan air kencing akan berwarna pekat sehinggalah  buah pinggang mengumpul air yang cukup.


Punca Buah Pinggang Rosak

Seperti organ utama yang lain (jantung, peparu, hati, otak) ia boleh rosak dan gagal berfungsi dengan baik disebabkan daripada penyakit kronik. Selalunya buah pinggang gagal menapis bahan bahan yang tidak diperlukan.

Buah pinggang boleh rosak disebablam beberapa penyakit seperti:

  • keturunan
  • jangkitan bakteria dan kuman
  • kerosakan disebabkan penyakit darah tinggi
  • kerosakan disebabkan penyakit diebetes mellitus
  • penyakit lain yang berjangkit ke buah pinggang (seperti kanser)
  • mengambil terlalu banyak bahan bertoksik seperti asam berlebihan dari makanan jeruk, bahan2 racun serangga dalam sayuran dan buah-buahan, terlalu banyak makan makanan segera, dll.
  • rosak kerana terlalu banyak mengambil ubat kencing manis, ubat darah tinggi, antibiotik, steroid, dadah dan lain2 sebab yang tidak diketahui.
Penyakit buah pinggang sukar difahami. Ia mampu menyerang dewasa atau kanak-kanak dan sama ada orang itu sihat atau sakit dan bagaimana corak hidup seseorang itu sekarang.


Benarkah Suplemen Boleh Menyebabkan Sakit Buah Pinggang?

Sebenarnya ia bergantung kepada beberapa perkara berikut :-
o taraf kesihatan buah pinggang seseorang itu;
o jenis suplemen yang diamalkan
o mempunyai sebarang penyakit lain

Ramai rakan-rakan di luar takut atau risau untuk mengamalkan suplemen di sebabkan banyak persepsi yang diutarakan tanpa sebarang soal selidik terlebih dahulu. Namun begitu faktanya insya-alllah, suplemen TIDAK akan menyebabkan buah pinggang rosak JIKA di ambil dengan kefahaman yang betul serta cara pengambilan suplemen yang teratur. Selain itu perlu dititik beratkan yang suplemen yang anda amalkan itu adalah produk yang terbaik dan berkualiti serta diyakini tahap keselamatannya dan yang PENTING ianya suplemen SEMULAJADI dan bukannya SINTETIK.  Jadi sangat-sangatlah perlu untuk anda mencari dan mengamalkan suplemen yang terbukti selamat.


Perkongsian!

Saya kongsikan komen seorang pesakit buah pinggang yang mengamalkan suplemen Shaklee.

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Info Sihat, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE,


PERINGATAN!

Haruslah diingatkan anda perlu memastikan pengambilan suplemen itu dengan cara yang betul dan pastikan anda mematuhi panduan berikut :

1. Minum air secukupnya kerana air diperlukan untuk penyerapan secara optimum. Selain itu air diperlukan untuk 'membawa keluar' suplemen yang tidak diperlukan oleh tubuh.


2. Tidak mengambil suplemen melebihi dos yang disarankan - terutama untuk vitamin yang bukan larut air. Contoh vitamin yang tidak larut air adalah vitamin E dan A. Kesan dari pengambilan vitamin A yang berlebihan akan menyebabkan toksik dalam badan dan ia boleh dilihat pada tapak tangan kelihatan kuning-kuningan.

3. Tidak mengambil suplemen yang banyak dalam satu-satu masa - ini kerana ia boleh membebankan fungsi buah pinggang. Walaubagaimanapun waktu pengambilan suplemen adalah flexisibel, tidak semestinya mengikut jadual yang diberikan.

Oleh itu bagi mereka yang ambil suplemen perlu peka dengan 3 perkara di atas ya!

Semuga entri ini memberi sedikit info tentang suplemen dan penyebab terjadi penyakit buah pinggang.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign