22 February 2016

Bisnes Online Pilihan Masa Kini

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum Semua...

Ramai yang mengetahui tentang trend masa kini, dimana bisnes online atau perniagaan atas talian menjadi pilihan masa kini. Ianya hanya menggunakan laman sosial untuk memaparkan dan seterusnya membuat promosi produk.

Independent SHAKLEE Distributor, Info, Jana Pendapatan, Keistimewaan SHAKLEE, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE 

Anda penyebab ramai yang menjalankan bisnes online ialah :-

1) Kos sara hidup semakin meningkat tahun demi tahun.
2) Dengan Gaji RM3000 sebulan boleh dikatakan miskin dan masih tidak mencukupi.

Dengan menjalankan bisnes online ia juga boleh mengurangkan kadar penggangguran dikalangan graduan yang semakin meningkat. Tahun demi tahun kadar penggangguran semakin meningkat. Kerajaan menggalakkan para graduan yang telah tamat pengajian untuk bekerja sendiri sebagai langkah untuk mengurangkan kadar pengganguran ini.


3 Sebab Kenapa Perlu Berniaga?

Dalam kitab Al-Quran ada menyatakan bahawa 9 daripada 10 sumber pintu rezeki adalah daripada berniaga. Nabi Muhammad S.A.W sendiri ketika hayatnya adalah antara peniaga yang mahsyur ketika zamannya. 

Kedua untuk menentukan takdir hidup, kalau kita bekerja makan gaji , takdir kita dipegang oleh majikan kita. Selagi kita hidup makan gaji selagi itulah kita tidak boleh lari daripada takdir yang telah ditentukan oleh orang lain.

Ketiga untuk menikmati kehidupan bukan hanya sekadar meneruskan kehidupan. Hanya orang yang menjalankan perniagaan sahaja yang dapat menikmati kehidupan.Sebab kalau kita menjalankan perniagaan, masa kerja adalah ditentukan oleh kita sendiri. Berapa banyak pendapatan yang ingin kita perolehi juga bergantung pada diri kita juga. Dari segi kebebasan masa kita sudah menang berbanding orang-orang yang makan gaji.Malah yang paling penting sekali adalah saat-saat bersama keluarga yang tersayang dapat diluangkan bersama.

Namun begitu, bagi memastikan kita mendapat pilihan bisnes online yang tepat, anda perlu mengetahui beberapa perkara berikut sebelum memulakan bisnes online itu.

Antaranya :  

1. Pilihan Produk - pilih produk yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan;

2. Modal Rendah - cari perniagaan yang modalnya rendah;

3. Elakkan Membuat Pinjaman - mulakan perniagaan yang kecil-kecilan dahulu daripada terus membina empayar besar tetapi akhirnya gagal dalam perniagaan;

4. 
Gambar produk yang cantik - sajikan gambar-gambar yang cantik dan menarik bagi tujuan untuk mempengaruhi jualan produk anda; 

5. Bina Blog - Blog ada kedai online anda bagi memudahkan pelanggan untuk mencari produk yang diingini dalam enjin carian google.

6. Promosi - sentiasa iklankan supaya orang tahu kewujudan FB dan Blog yang kita bina itu tentang produk kita.  

Berikut adalah beberapa panduan sahaja, namun begitu jika anda sudah bersedia untuk memulakan bisnes online pastikan anda juga mempunyai minat dan tahu tentang produk yang bakal dijual.


Bisnes Online Pilihan

Sebenarnya banyak pilihan bisnes online (google je kat internet) yang boleh anda usahakan, akan tetapi jika anda tidak tahu atau masih lagi mencari bisnes online yang sesuai untuk anda, apa yang boleh saya cadangkan adalah SHAKLEE (mungkin setengah orang berbeza) tetapi ini PILIHAN saya (tak rugi pun, walaupun saya terpaksa berhenti kerja sebelum itu atas masalah kesihatan).


Kenapa saya pilih Shaklee?
  • Masa yang fleksibel
  • Sepenuhnya dilakukan dirumah (hanya perlu ada internet daripada guna internet untuk perkara yang membazirkan)
  • Boleh dilakukan bersama suami dan anak-anak
  • Model yang rendah
  • Ada Mentor yang sentiasa membantu
Alhamdulillah ramai yang telah berjaya menjana pendapatan dengan Shaklee (bukan cakap-cakap kosong ya). Salah seorangnya adalah saya, setiap bulan saya akan menikmati bonus dari Shaklee TETAPI ianya berbalik kepada USAHA yang kita lakukan. (Kalau duduk sahaja tanpa usaha macam mana nak dapat hasilnya kan????)

Jadi, jika anda ingin berminat untuk jadikan Shaklee sebagai Bisnes Online anda, hubungi saya untuk makluman yang terperinci.

Pilihan di tangan anda. Hanya tunggu @ memerhati sahaja atau terus bertindak untuk kemudahan dan kesenangan anda juga. 



No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign