25 February 2016

Emping Padi Dengan Kelapa

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Koleksi Jom Sihat Ceria

Assalamualaikum....

Kongsi, Resepi, Pengedar Shaklee Kuantan, Independent SHAKLEE Distributor,


Pernah tak makan emping padi digaul dengan kelapa???? Siapa pernah sila akan tangan.....hihihi gurau je....

ok....so saya nak kongsi dengan pengunjung Blog Jom Sihat Ceria (JSC) tentang emping padi. Sebenarnya 2 - 3 hari lepas ada rakan saya dalam satu group Whatsapp telah berkongsi makan emping padi dengan kelapa.

mmmmmmmmm tiba-tiba saya terliur dan teringin pulak, ya lah last makan emping padi dengan kelapa ni masa saya pregnant anak sulung saya 19 tahun lepas. Memang dah lama sangat tidak makan. Selalunya emping ini boleh didapati di negeri-negeri sebelah Utara seperti Kedah atau Perlis. Nak pergi jauh pulak ya...

Tapi kalau sudah ada niat dan rezeki, memang tidak dapat dielakkan. Semalam hari Rabu, seperti biasa saya akan ke Pasar Rabu di Taman Pertanian Sultan Haji Ahmad Shah di Indera Mahkota. Alhamdulillah tiba-tiba ternampak seorang makcik yang menjual emping padi. mmmmmm tanpa banyak soal, terus ambil dan bayar untuk 2 bekas emping padi. Harganya pun murah saja 1 bekas hanya RM 2.

Kongsi, Resepi, Pengedar Shaklee Kuantan, Independent SHAKLEE Distributor,

Bila dah balik rumah, mulalah terpikir macam mana nak sediakan emping padi ini? Ya la....sudah lama tak makan dan cara nak sediakan pun dah tak ingat.......inilah resepi lama makin dilupakan. hihihi.......Kalau tanya anak-anak sekarang pun pasti tidak tahu apa nama mender ni.....

Sebenarnya simple saja penyediaanya dan bila-bila masa boleh disediakan tetapi kenalah ada kelapa muda dulu.

oklah, saya kongsikan cara-cara penyediakan emping padi dengan kelapa.

Bahan-bahannya :

o Emping Padi
o Parutan kelapa muda (sebab tak ada kelapa muda, saya belikan kelapa diparut putih)
o sedikit garam
o sedikit gula

Cara Membuatnya :

Cara nak buatnya tersangatlah mudah dan senang. 

Anda cuma perlu gaulkan emping bersama gula dan parutan kelapa muda @ putih dan sedikit garam. Rasa ikut selera sendiri nak manis atau kurang manis. Siap dan boleh dihidangkan.

Mudahkan!

Kongsi, Resepi, Pengedar Shaklee Kuantan, Independent SHAKLEE Distributor,


Selamat Mencuba!




No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign