27 February 2016

Panduan Mendidik Anak Gaya Rasulullah S.A.W

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum.....

Agama, Kongsi, Info, Pengedar Shaklee Kuantan, Independent SHAKLEE Distributor, Produk SHAKLEE,

Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya setiap detik tumbesaran anak-anak adalah penting bagi ibubapa untuk mendidik anak-anak dengan cara yang betul dan seperti yang di amalkan oleh Rasulullah S.A.W. Ketika anak-anak masih kecil lagi merupakan tahap yang dianggap paling penting kerana ketika itulah ASAS @ foundation dalam membentuk kerohanian anak-anak yang sihat.

Ianya termasuk perilaku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang dilarang walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda lagi.

Ingatlah wahai ibubapa semua, masa kecil anak-anak tidak akan berulang buat kali kedua. 

Agama, Kongsi, Info, Pengedar Shaklee Kuantan, Independent SHAKLEE Distributor, Produk SHAKLEE,


Dibawah ini saya kongsikan 4 Tahap mendidik anak mengikut sunnah Rasululllah S.A.W.

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun
Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak terbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dipukul sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.

Sehingga, anak-anak merasa lebih dekat dengan kita dan mengganggap kita sebagai sebahagian dari dirinya yang boleh dianggap sebagai teman atau rujukan yang terbaik. Anak-anak akan merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu kita adalah ibubapa yang selalu berada disisi mereka setiap masa.


2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  
Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadis Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan solat ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan)". Pukul itu pula bukanlah bermakna untuk menyiksa tetapi sekadar untuk mengingatkan mereka. 

Tidak boleh memukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.

Sehingga, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita sebagai ibubapa dalam membentuk keperibadian dan akhlak anak-anak mengikut landasan Islam. Terpulang kepada ibubapa apakah ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.


3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun
Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. 

Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, hindari dari mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan saudara-saudaranya yang lain tetapi gunakan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. Sehingga, tidak ada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari kesenangan lain kerana memandangkan semua kebahagiaan dan kesenangan mereka miliki di rumah bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. 
Fasa ini adalah masa dimana ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu memantau, menasihati dengan iringi doa agar setiap tindakan yang diambil mereka adalah betul. 

Berawal dari pengembaraan kehidupan mereka yang benar di luar rumah. InsyaAllah dengan segala displin yang diajarkan semenjak tahap ke-2 sebelum ini cukuplah sebagai benteng atau penghadang diri buat mereka. Ibubapa jangan mudah untuk tidak menasihati mereka, kerana ucapan nasihat yang diucap sebanyak 200 kali atau lebih terhadap anak-anak mampu membentuk tingkah laku yang baik seperti yang diharapkan oleh ibubapa.

Semuga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Insya-allah.


No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign