Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google
Assalamualaikum Semua!
Anda biasa mengalami masalah angin dalam badan tetapi tidak tahu bagaimana untuk mengatasinya.

Jangan risau dalam entri kali ni saya ingin berkongsi tentang :-
~ 3 sebab dan punca badan penuh angin atau badan berangin
~ Petua atasi angin dalam badan secara semulajadi dan cepat
3 sebab dan punca badan penuh angin atau badan berangin
Angin berlebihan dalam badan boleh menyebabkan perut rasa tidak selesa atau kembung, badan rasa lemah, loya-loya sehingga melarat kepada sakit kepala.
1. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Pesakit perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman yang dilalui. Sekiranya makanan tersebut telah dapat dikenal pasti, hindarkan makanan tersebut.
2. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antasids, simethicone dan activated charcoal yang boleh didapati di farmasi-farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang makan makanan yang biasanya menghasilkan angin.
3. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap semasa makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
Petua atasi angin dalam badan secara semulajadi dan cepat
Salah satu cara yang paling berkesan adalah dengan minum air, makan perlahan-lahan dan elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan angin dalam badan.
Kebiasaannya, untuk mengatasi masalah badan berangin dengan lebih cepat, saya akan mengambil PEPPERMINT GINGER PLUS.
Alhamdulillah lepas mengambil Peppermint-Ginger Plus, saya akan rasa tersangat lega sebab angin akan keluar melalui sendawa atau kentut. Itu pengalaman saya sendiri selepas mengamalkan Peppermint-Ginger Plus.
Saya kongsikan juga beberapa testimoni pelanggan yang di kongsikan dalam group Eksklusif yang berpuashati selepas mengamalkan Peppermint-Ginger Plus.
Selain untuk masalah angin dalam badan, Peppermint-Ginger Plus juga boleh mengurangkan masalah mabuk kenderaan atau tersalah makan sepanjang perjalanan.
Jika anda ingin mendapatkan info lanjut tentang Peppermint-Ginger Plus, sila hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA.
No comments:
Post a Comment
Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.