26 February 2016

Petua Menghilangkan Jerawat Dengan Mudah Dan Murah

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google

Assalamualaikum....

Tips, Info, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Petua


Kebiasaanya, bermula dari melangkah alam remaja sehinggalah dewasa, kita akan dilanda dengan pelbagai masalah kulit wajah seperti jerawat, whitehead, blackhead dan juga masalah jeragat bila mencecah usia 30-an. Ini merupakan masalah-masalah kompilikasi kulit yang perlu dititik beratkan.

Jadi jika kita berdepan dengan masalah-masalah kulit diatas, pasti anda akan mencari petua tradisional atau petua semulajadi untuk merawat jerawat. Mungkin kerana ianya lebih mudah diperolehi, murah dan semulajadi tanpa sebarang bahan kimia. 

Berikut saya kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan jerawat yang boleh anda cuba dirumah.


Tips, Info, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Petua


1. Daun Sirih.
Ambil sehelai daun sirih dan direndamkan dalam air panas. Biarkan air sejuk sehingga daun sirih itu layu. 

Selepas itu, ambil air tersebut untuk membasuh muka. Jangan terus dilapkan muka tetapi biarkan air tersebut kering sendiri.


2. Air Asam Jawa dan Kunyit Hidup
Campurkan sedikit asam jawa, air dan beberapa inci kunyit hidup yang ditumbuk. 

Apabila campuran sebati, ratakan ke seluruh bahagian muka dan biarkan selama 20 minit. 

Selepas itu basuh dengan air bersih. Jika diamalkan selalu, kulit anda akan bebas jerawat dan lebih halus.

Tips, Info, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Petua

3. Air Basuhan Beras
Basuhlah muka anda selalu dengan air basuhan beras. Biarkan kering dan kemudian basuh dengan air bersih.

Tips, Info, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Petua

4. Air Kelapa Tua
Bersihkan muka terlebih dahulu dengan bersih kemudian cuci lagi dengan menggunakan air kelapa tua. 

Sesudah kering, bilas dengan air. Amalkan tiga kali seminggu dan anda pasti puas hati dengan hasilnya.

Tips, Info, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Petua

5. Daun Teh
Ambil daun teh yang masih hijau dan rendam dalam bekas air kemudian didihkan. 

Selepas mendidih, ambillah daun teh tersebut dan lekatkan ke bahagian jerawat. Mudah-mudahan, jerawat anda akan hilang dengan cepat.

Tips, Info, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Petua

6. Kulit Kayu Manis
Ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan madu. 

Sebelum masuk tidur, tempekkan campuran tersebut ke muka. Hanya bilas pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu untuk kesan yang terbaik.


Demikianlah beberapa petua hilangkan jerawat yang boleh anda lakukan bagi mengatasi dan mencegah masalah jerawat. 

Tips, Info, Produk SHAKLEE, Independent SHAKLEE Distributor, Pengedar Shaklee Kuantan, Petua

TETAPI ada juga ALTERNATIF lain yang mudah, murah, berkesan dan selamat.

Disarankan jika anda ada masalah jerawat, anda boleh mencuba Set Jerawat Shaklee. Dimana set ini akan memberikan rawatan secara luaran dan dalaman secara semulajadi dan Insya-allah dengan izinNYA akan memberikan keputusan yang memuaskan anda serta kulit cantik dan licin. 

Harga??? Tidak perlu RISAU, ianya boleh di sesuaikan mengikut bajet dan kemampuan anda. 

Nak tahu info lanjut tentang Set Jerawat Shaklee, sila berhubung dengan saya untuk pertanyaan lanjut.

Semoga info-info diatas berguna dan bermanfaat untuk anda yang sedang bermasalah dengan masalah jerawat.

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign