16 February 2016

Resepi Makanan Ketika Berpantang

Teks : Zaridah Hj Hashim
Image : Carian Google


Assalamualaikum Semua!


Independent SHAKLEE Distributor, Info, Kongsi, Pengedar Shaklee Kuantan, Produk SHAKLEE, Resepi,

Tahniah buat ibu-ibu yang baru sahaja menimbang cahayamata dan selamat berpantang diucapkan. 

Seperti yang diketahui selepas melahirkan anak, ibu-ibu akan melalui tempoh berpantang yang agak panjang iaitu samada 44 hari, 60 hari ataupun 90 hari. Ianya bergantung kepada amalan masing-masing. Sepanjang tempoh berpantang juga makanan yang boleh di makan juga adalah TERHAD. Tidak boleh mengambil makanan yang berminyak, makanan sejuk dan juga yang pedas seperti cili.

Dulu masa zaman saya berpantang hanya diberi makan ikan selar bakar dan serbuk lada hitam atau ikan talam masin. Tetapi sebenarnya banyak resepi makanan ketika berpantang. Selain itu ibu-ibu berpantang juga perlu mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat agar sihat ketika berpantang serta susu yang banyak untuk bayi.

Jadi untuk entri kali ini saya kongsikan beberapa menu yang mudah dan simple untuk di sediakan untuk ibu selepas bersalin samada secara normal ataupun pembedahan (caesar). Suami yang menjaga isteri berpantang juga boleh menyediakan resepi @ menu ini. 




1. Ikan Masin Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
-Lada hitam

Cara-cara:
-Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau
Gaulkannya sebati.


2. Ikan Tenggiri Kering

Bahan-bahan:
-1 keping ikan tenggiri kering
-2 biji lada besar
-½ biji bawang besar dihiris

Cara-cara:
-Ikan digoreng layur bersama hirisan halia.
-Kemudian ditumbuk bersama lada besar dan bawang tapi jangan hancur.
-Hidang bersama nasi panas


3. Sambal Tok-tok Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Bawang merah
-Bawang putih
-Ikan bilis
-Lada hitam

Cara-cara:
-Goreng layur bahan tersebut dan tumbuk campur sikit garam
Hidang bersama nasi panas


4. Ikan Masin Goreng Asam Jawa

Bahan-bahan:
-Isi ikan masin (Kurau @ Talang)
-1 labu bawang besar
-5-6 tangkai cili kering
-3 ulas bawang putih
-½ inci halia
-Sedikit air asam jawa & gula

Cara-cara:
-Tumis semua bahan yang dihiris.
-Bila agak garing, masukkan air asam jawa, garam dan sedikit gula .
-Akhir sekali masukkan ikan masin yang telah digoreng terlebih dahulu.


5. Ikan Bilis Goreng Aroma

Bahan-bahan:
-100g ikan bilis putih
-3 batang serai (Dititik @ dihiris ikut suka)
-1 biji bawang besar dimayang
-2cm halia dimayang
-6 helai daun limau purut dihiris @ dikoyak kasar
-6 biji cili padi diketuk
-Minyak

Cara-cara:
-Goreng ikan bilis hingga ranggup
-Kemudian masukkan bahan hirisan


6. Ikan Bilis Dengan Cili Mesin

Bahan-bahan:
-Sebiji bawang besar dimayang
-Ikan bilis
-Jeruk lobak
-Sebiji telur
-Cili mesin 1 sudu

Cara-cara:
Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan.
Kemudian tumiskan cili mesin hingga masak, masukkan jeruk lobak & ikan bilis.
Akhir sekali masukkan telur & kacau hingga sebati.


7. Pegaga Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:
-Sedikit santan pekat
-Lada hitam (lebihkan)
-Ikan bilis putih
-Kunyit hidup
-Halia
-Garam

Cara-cara:
-Lada hitam, halia & kunyit hidup ditumbuk.
-Kemudian masukkan santan direneh bersama bahan tumbuk. Biar pekat.
-Masukkan pegaga dan ikan bilis serta bahan-bahan perasa.


8. Ayam/Daging Bakar Cicah Air Asam Lada Hitam

Bahan-bahan:
-4cm halia muda
-3cm kunyit hidup
-Garam secukupnya (Kesemua bahan ini dikisar dan diperap)

Cara-cara:
-Bakar ayam/daging dengan bahan perap.
-Hiriskan dan boleh dihidang dengan pencicah iaitu 2 sudu lada hitam, hirisan bawang besar dan perahan asam jawa


9. Sambal Tok-tok

Bahan-bahan:
-Ikan bilis
-Cili padi
-Bawang

Cara-cara:
-Bahan tersebut ditumbuk kasar dicampur bersama perahan limau.


10. Daging Goreng Halia

Bahan-bahan:
-Daging batang pinang dihiris nipis
-Halia dimayang halus
-Bawang Putih diketuk
-Bawang besar dihiris bulat
-1 biji lada benggala/ ketukkan cili padi kalau nak pedas
-Sedikit sos tiram
-Sedikit kunyit hidup/kunyit serbuk, Garam/ Serbuk Perasa
-Jika nak berkuah, bancuhkan sedikit tepung jagung dan air@ bagi lebih perisa masukkan sedikit air asam jawa.

Cara-cara:
-Panaskan minyak, masukkan daging yang telah diperap sebentar dengan kunyit dan garam.
-Agak lembut , tumiskan bawang putih dan halia, masukkan juga sos tiram dan bahanperasa mengikut kesesuaian.
-Akhir sekali masukkan , lada benggala ataupun cili padi dan hirisan bawang besar.
-Jika nak berkuah boleh juga ditambah dengan bancuhan tepung jagung.


11. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)

Bahan-bahan:
-Daging hihiris halus
-Lada hitam secukup rasa
-Halia
-Bawang besar
-Bawang putih
-Sos Cili/Cili mesin
-Sos tomato
-Sos tiram
-Kicap pekat
-Garam/serbuk perasa

Cara-cara:
-Perapkan daging bersama halia , bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuk bahan sos terlibat.
-Panaskan minyak, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging lembut.
-Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam dan serbuk perasa mengikut keperluan dan juga hirisan bawang besar.


12. Ayam Panggang Selera Pantang

Bahan-bahan:
-Ayam
-1 batang serai dititik
-1 sudu jintan manis
-½ sudu jintan putih
-1cm kunyit hidup
-1cm lengkuas
-1cm halia
-4 ulas bawang merah
-2 ulas bawang putih
-garam
-Air asam jawa
-½ cawan air

Cara-cara:
-Ayam dilumur dengan garam & sedikit bawang merah, halia, bawang putih & kunyit tumbuk juga lengkuas.
-Panggang ayam
-Tumis bahan tumbuk yang lebih tadi, masukkan jintan tumbuk, air asam jawa juga garam. Tambah sedikit air untuk berkuah. Dan bolehlah disiram
ayam panggang tadi dengan kuah tersebut.


13. Ayam Percik Chinese Style

Bahan-bahan:
-1 ekor ayam
-Daun salam dan daun kunyit

Bahan A:
-Bunga Lawang
-Bunga Cengkih
-Kulit Kayu Manis
-Jintan Manis
-Lada Hitam
-Serai & Halia
-Gula Melaka – dicincang halus
-Lemon – diperah
-Santan
-Garam
-Bawang putih dan bawang merah ditumbuk halus
(Jika suka boleh ditambah sedikit cili padi)

Cara-cara:
-Masukkan daun salam & daun kunyit ke dalam ayam.
-Panggang @ goreng dalam minyak penuh (deep fried)
-Tumis bawang merah dan putih. Masukkan bahan-bahan A, masukkan juga perahan lemon, gula melaka, garam.
-Masukkan santan cair biar mendidih di atas api perlahan. Bila dah pekat masukkan santan pekat.
-Bila dah pekat, boleh disiram ke ats ayam panggang tersebut


14. Lengkuas Muda Masak Lada Merah

(Petua baik diamalkan memperbaiki rahim wanita atau dengan lain perkataan mengetatkan lagi organ wanita selepas bersalin)

Bahan-bahan:
-Lengkuas muda dihiris nipis ~ direbus sehingga kering utk buang pahit & maung lengkuas
-Sedikit ikan bilis
-Bawang merah
-Bawang Putih
-Lada merah

Cara-cara:
-Lada ikan bilis, bawang putih & merah ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak.
-Masukkan garam dan lengkuas yg telah direbus tadi dan kacau agar ia sebati.


15. Turi Masak Asam Rebus
(Bagus Utk Menambah Susu Ibu).

Bahan-bahan:
-Daun Turi
-Ikan Bilis
-Asam Keping
-Bawang merah
-Kunyit Hidup
-Ikan Bilis
-Lada merah

Cara-cara:
-Bahan iaitu bawang merah, lada merah, ikan bilis, kuntit hidup ditumbuk kemudian direbus.
-Masukkan garam, asam keping dan daun turi biarkan sehingga mendidih kemudian bolehlaa diangkat.



Semuga menu-menu yang dikongsikan ini membantu dan memberi manfaat untuk anda. Dan yang penting, anda perlulah bersederhana dalam pengambilan makanan ketika berpantang. Jangan terlalu banyak atau tidak pula mengambil langsung makanan. Perlu di ingatkan yang badan anda masih dalam proses pemulihan selepas bersalin. Oleh itu banyak khasiat yang diperlukan, jadi makanan secara seimbang sangatlah penting.

Selain makanan ketika berpantang, pastikan juga anda mengambil Set Berpantang yang betul, semulajadi, selamat dan berkesan. Ini kerana jika pemilihan Set Berpantang yang salah, bukan sahaja ibu yang merasai tetapi bayi juga akan mendapat tempiasnya dari penyusuan.  

Jika inginkan Set Berpantang yang terbaik, hubungi saya untuk pertanyaan lanjut. 

No comments:

Post a Comment

Hai rakan2, dipersilakan untuk memberi komen atau sebarang persoalan serta kritikan.

AzZa WaMeAz eShop © . Designed by MaiGraphicDesign